Hi! Welcome Back and Stay Tune! Putrajaya tak cadang hapuskan PRK, kata Azalina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Putrajaya tak cadang hapuskan PRK, kata Azalina

Pilihan Raya Kecil amat penting kerana masyarakat memerlukan wakil rakyat untuk meneruskan kesinambungan khidmat seseorang wakil rakyat sama ada yang telah meninggal dunia atau letak jawatan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said. ― Foto oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR, 13 Jun ― Kerajaan tidak berhasrat untuk menghapuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) walaupun terdapat pihak yang berpendapat ia tidak relevan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata PRK amat penting kerana masyarakat memerlukan wakil rakyat untuk meneruskan kesinambungan khidmat seseorang wakil rakyat sama ada yang telah meninggal dunia atau letak jawatan.      

“PRK ini diadakan berikutan sesuatu situasi yang tidak boleh dielak. Perlembagaan juga mengatakan PRK harus diadakan bagi mencari pengganti seorang wakil rakyat. Jadi, saya rasa tidak wajar kalau PRK dihapuskan, “ katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang berpendapat PRK disalahgunakan dan meminta penjelasan sama ada ia masih lagi relevan.

Dalam pada itu, Azalina juga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat ini berpuas hati dengan had perbelanjaan pilihan raya di negara ini kerana ia masih relevan dan tidak perlu sebarang kajian bagi mengubahnya.

Beliau menjelaskan had perbelanjaan yang ditetapkan adalah RM200,000 bagi PRK Parlimen dan RM100,000 bagi PRK Negeri.

Katanya, menurut Seksyen 19, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, perbelanjaan yang dihadkan adalah merujuk kepada calon dan bukan kepada parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO) dan ia tidak membebankan sesiapa yang bertanding. ― Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2340YKI

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.