Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS beri amaran: Salah pilih calon, pengundi juga berdosa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS beri amaran: Salah pilih calon, pengundi juga berdosa

Pengundi turut menanggung dosa dan menerima akibatnya jika calon yang dipilih bercakap bohong di Dewan Rakyat, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. ― Foto oleh Yusof Mat IsaSABAK BERNAM, 13 Jun ― PAS memberi amaran kepada pengundi Sungai Besar bahawa “berdosa” jika mereka memilih calon yang salah dalam pilihan raya, Sabtu ini.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pengundi akan menerima padah jika wakil rakyat yang dipilih tidak bercakap benar di Parlimen. 

Beliau berkata jika apa yang dikatakan calon yang terpilih ini salah di Dewan Rakyat, pengundi juga menanggung berdosa dan menerima akibatnya.

Calon yang dipilih bukan saja bertanggungjawab kepada rakyat tetapi juga kepada Tuhan, kata Hadi kepada 200 hadirin dalam satu ceramah malam tadi.

Hadi berkata PAS sebuah parti Islam yang mempunyai prinsip dan pentadbirannya berdasarkan al-Quran.

Tambahnya, politik sebahagian daripada agama maka sebab itu pemimpin PAS perlu membuat bai’ah memastikan mereka tidak meninggalkan agama dalam politik.

Pemimpin PAS tidak boleh melanggar bai’ah kerana khianat itu boleh mengundang laknat Allah, kata ahli Parlimen Marang lagi.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1UpwYqM

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.