Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS memperingati 42 tahun ‘fatwa harus’ masuk BN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS memperingati 42 tahun ‘fatwa harus’ masuk BN

pas-bn

PETALING JAYA: Suatu usul yang diluluskan Muktamar PAS pada 13 Jun 1974, mengharuskan parti itu menyertai Barisan Nasional (BN) “bagi menegakkan Islam”, disingkap lidah rasmi parti itu Harakahdaily hari ni, ketika desas-desus kerjasama PAS dan Umno menjadi bahan kempen pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Keputusan sayap ulama PAS itu susulan ucapan dasar Yang Dipertua PAS ketika itu, Datuk Mohd Asri Muda, yang menggariskan sebab PAS perlu menyertai BN, menurut catatan dalam ruangan “Hari Ini Dalam Sejarah” laman Harakahdaily hari ini.

Antara lain, beliau berpendapat dengan PAS bersama-sama BN, ia dapat menjamin “keutuhan kuasa dan pimpinan politik kita” dalam menghadapi masyarakat majmuk.

BN juga, menurutnya, mempunyai objektif “menegakkan Islam sebagai agama Persekutuan”, di samping PAS diberikan kebebasan mengekalkan identitinya.

Beberapa bulan sebelum keputusan Dewan Ulama itu, PAS sudah pun bersetuju turut serta dalam penubuhan BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1974.

“PAS menyertai BN sebagai satu strategi politik antara tahun 1974 hingga akhir 1977 adalah berpandukan keharusan syarak, bukannya bertindak di atas keperluan politik semata-mata sesuai dengan kedudukan PAS sebagai sebuah parti Islam,” menurut catatan ketua penyelidik Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Fadli Ghani.

PAS sejak kebelakangan ini dilihat mengubah pendiriannya mengenai Umno apabila pucuk pimpinan tertinggi parti itu bersetuju menjalinkan kerjasama lebih erat dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Disember lepas, Najib berkongsi pentas dengan Presiden PAS, Datuk Seri Najib Razak apabila kedua-dua mereka menghadiri multaqa Universiti Al-Azhar di Kuala Lumpur.

Ia susulan langkah Najib menawarkan kerjasama kepada parti Islam itu pada Perhimpunan Agung Umno tahun lepas.

Kerjasama kedua-dua parti itu sekali lagi terlihat apabila Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Hadi bagi pelaksanaan hukum hudud berjaya dibentangkan di Parlimen bulan lalu, selepas mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28we2gb

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.