Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Vida padam hasrat beli saham Rayani Air - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Vida padam hasrat beli saham Rayani Air

dato-vidaPETALING JAYA : Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berkata pihaknya kini tidak lagi berminat untuk membeli saham syarikat penerbangan patuh syariah Rayani Air selepas Lesen Perkhidmatan Udaranya (ASL) dibatalkan.

Beliau berkata, ini disebabkan syarikat tersebut kini tidak mempunyai lesen penerbangan.

“Kalau tak ada lesen macam mana nak jalankan (operasi)? Nak dapat lesen susah. Tak payahlah cari pasal (beli saham). Nak beroperasi tak boleh.

“Saya (sebelum ini) tunggu dan lihat perkembangan dan maklum balas daripada konsultan saya untuk lihat macam mana (keadaan Rayani Air), kaji juga. Bila kaji kita lihat susah untuk pulih balik.

“Saya ingatkan dulu daripada tidak beroperasi, baik beroperasi tapi banyak sangat masalahnya. Kapal terbang hanya dua, pekerja 400 orang dan punya tanggungan terlalu besar berbanding pendapatan,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

MAVCOM hari ini membatalkan ASL Rayani Air.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya penerbangan itu berkata, Rayani Air melanggar syarat ASL dan kurang keupayaan daripada segi kewangan dan pengurusan untuk meneruskan operasi sebagai syarikat penerbangan komersial.

Dr Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Dr Vida menyatakan pihaknya terkejut dengan berita pembatalan lesen Rayani Air itu.

Sementara itu, Pengurus Stesen Rayani Air di KLIA2 Zulkalnain Azdan pula berkata pembatalan lesen Rayani Air itu adalah salah Pengasas Rayani Air, Ravi Alagendrran dan isterinya Datuk Kartiyani Govindan.

“Sebab mereka tidak mahu dengar cakap kakitangan, dia hendak jual syarikat dengan harga mahal, jadi pelabur tidak mahu. Sebab mereka tahu Rayani tidak ada aset.

“Perancangan dia sekarang, kalau dia hendak jual dengan harga jutaan ringgit pun tidak laku sebab sudah tiada harga. Kalau dia hendak jual pun dengan harga kurang daripada jutaan ringgit atau sejuta,” katanya.

Beliau pada masa sama turut berharap Ravi dan Kartiyani menjual syarikat yang diasaskan mereka itu.

“Ravi dengan isteri dia kena jual syarikat dia dengan nilai yang sangat rendah, biar pelabur ambil alih dan mereka keluar daripada syarikat,” katanya.

Link berita:

Kerajaan batal lesen Rayani Air

Dr Vida intai saham Rayani Air





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UduNFo

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.