Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pusat hiburan rugi sempena Ramadan, Kedah kaji semula larangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pusat hiburan rugi sempena Ramadan, Kedah kaji semula larangan

Kerajaan negeri Kedah mahu mengkaji semula peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan selepas pengusaha pusat hiburan mengadu terpaksa menanggung rugi kerana diarah untuk menutup operasi mereka. — Paparan skrin Google Street ViewALOR SETAR, 13 Jun ― Kerajaan negeri akan mengkaji semula peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah berikutan terdapat aduan ada pengusaha pusat hiburan yang kerugian akibat diarah untuk menutup operasi mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Datuk Badrol Hisham Hashim berkata ia telah dibincangkan di dalam mesyuarat exco sebelum ini namun kajian secara terperinci perlu dilaksanakan selain perlu mendapat perkenan daripada Jemaah Pemangku Sultan Kedah terlebih dahulu.

“Setakat ini, tiada perubahan dan kita akan gunakan undang-undang sedia ada di mana kelonggaran diberikan kepada pengusaha pusat hiburan untuk beroperasi lima hari dan perlu ditutup pada Khamis dan Jumaat. Selain itu, mereka juga perlu memastikan pengunjung beragama Islam tidak dibenarkan memasuki premis sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 9 Jun lalu, Pengerusi Gerakan Kedah Datuk Dr Cheah Soon Hai meminta kerajaan negeri mengkaji semula tindakan yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan berikutan tindakan itu menyebabkan lebih 200 pengusaha pusat  hiburan di negeri ini menanggung kerugian.

Peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah adalah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997 dan mula dikuatkuasakan pada 2009. ― Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/2340xAe

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.