Hi! Welcome Back and Stay Tune! BN masih di depan dalam dua PRK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BN masih di depan dalam dua PRK

bn_selangor_perak_undi_600_NEW_1

Oleh Zulkifli Sulong

Lima hari kempen rasmi berlangsung, Barisan Nasional (BN) masih di depan dalam pertandingan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Dengan jentera PAS sudah berpecah kepada dua, PAS dan AMANAH, kempen melawan BN agak sukar samada untuk PAS sendiri atau parti pecahannya AMANAH.

Buat masa ini kedua-duanya hanya berebut untuk mendapat tempat kedua sahaja.

Demikian kata pengkaji politik, Hisomuddin Bakar dari Ilham Centre, yang berada di kedua-dua kawasan pilihan raya ini untuk membuat tinjauan.

Hisomuddin yang baru selesai membuat tinjauan di Kuala Kangsar sebelum ke Sungai Besar semula berkata, kawasan yang meriah hanya di bandar-bandar sahaja manakala kawasan luar bandar di kawal oleh jentera BN.

“Hanya enam kawasan daerah mengundi yang terletak di bandar sahaja kelihatan agak meriah kempennya namun 20 lagi yang terletak di luar bandar suasana suram sahaja dengan jentera BN menguasai suasana,” kata Hisomuddin.

Perpecahan dalam PAS menyebabkan jentera pilihan raya yang selama ini sangat dibanggakan oleh parti Islam itu kelihatan tidak bermaya dalam dua PRK ini.

“AMANAH pula menghadapi masalah jentera tempatan yang ketara di Kuala Kangsar walaupun ramai jentera luar yang datang,” katanya.

Berita baik yang diterima oleh AMANAH adalah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama berkhidmat, bakal turun memberikan sokongan kepada mereka.

Beliau akan turun bersama dengan pemimpin yang menyertai Deklarasi Rakyat mulai esok dan Ahad ini.

Pada 11 Jun, mereka akan berada di Sekinchan, Sungai Besar manakala pada 12 Jun kumpulan ini akan berada di Kuala Kangsar.

Pengaruh Dr Mahathir terhadap akar umbi dan veteran Umno dijangka akan membawa angin baru kepada AMANAH di kedua-dua kawasan PRK ini.

Selain program utama bersama Dr Mahathir, para pemimpin yang menyertai Deklarasi Rakyat ini dijangka akan mempunyai acara tersendiri bagi membantu rakan AMANAH mereka di sana.

Di samping Dr Mahathir, turut serta turun nanti adalah bekas naib presiden yang dipecat PAS, Datuk Husam Musa, tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin, bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Srevanasan, Pengerusi Bersih Maria Chin dan juga Datuk Zaid Ibrahim.

Dengan kedatangan mereka, PAS dijangka akan lebih tertekan di samping sokongan dari akar umbi Umno untuk calon AMANAH.

Selepas bersendirian, tekanan yang dihadapi PAS kini berganda ekoran kemalangan demi kemalangan yang melanda kemnya.

Sekurang-kurangnya lima petugas PAS sudah terbunuh akibat kemalangan jalan raya yang berasingan dalam siri kempen PRK kali ini, satu angka yang besar untuk sejarah kempen pilihan raya.

Pagi tadi, dua beranak petugas PAS meninggal dunia selepas dilanggar oleh kereta yang dipandu laju di Sungai Besar.

Kejadian berlaku ketika kedua-duanya mahu melintas jalan untuk ke surau berdekatan bagi menunaikan solat subuh.

Sebelum ini, anggota Unit Amat PAS meninggal dunia bersama anaknya selepas kereta yang mereka naiki terhumban ke dalam parit.

Seorang petugas PAS dari Lenggong pula meninggal dunia dalam kemalangan yang dialaminya dalam perjalanan ke Kuala Kangsar untuk mendengar taklimat pilihan raya.

Ketua Dewan Ulama PAS Perak, Sidek Noor pula kemalangan di Tanjung Karang.
Pendek kata selepas berpecah, PAS yang bergerak secara solo dalam PRK benar-benar tertekan walaupun mendapat sokongan dari jentera luarnya yang ramai.

Zulkifli Sulong merupakan bekas ketua pengarang lidah rasmi PAS, Harakah, dan bekas editor The Malaysian Insider.

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28p0Zgd

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.