Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fahmi Reza didakwa lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fahmi Reza didakwa lagi

fahmi-rezaIPOH: Aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memulakan penghantaran komunikasi palsu karikatur badut menyerupai pemimpin negara melalui Facebooknya pada Februari lalu.

Harian Metro melaporkan, Fahmi, 39, didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 Februari lalu pada 12.31 tengah hari menggunakan perkhidmatan Facebook secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Perkara itu dibaca Sheikh Ahmad Raffie Sheikh Abd Rahman Seraya Sdn Bhd, Batu 3 Jelapang, di sini pada jam 2.40 petang, 8 Februari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Tertuduh diwakili peguam Melissa Sasidaran sementara pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Mohd Sophian Zakaria.

Terdahulu, pendakwa mohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Melissa kemudian memohon mahkamah mengenakan jaminan RM2,000 kerana tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan 27 Julai ini untuk sebutan semula.

Pada Isnin lalu, Fahmi Reza di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur turut didakwa mengikut seksyen sama kerana memuat naik imej karikatur pemimpin negara di laman sosial Instagram miliknya dengan niat menyakitkan hati pada 31 Januari.

Dia kemudian dikenakan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UFEl9l

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.