Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas beri bantuan, Najib mohon satu hajat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas beri bantuan, Najib mohon satu hajat

najib_kuala-kangsar_undi_600

KUALA KANGSAR: Selepas enam hari siri kempen PRK Kuala Kangsar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini hadir buat pertama kali di sini untuk mengumumkan bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah sebanyak RM194 juta.

Bagaimanapun, di sebalik bantuan itu, Najib memohon satu hajat kepada 307,770 pekebun kecil, pemilik dan pengusaha getah.

Hajat itu ialah memohon mereka untuk mengundi calon BN di Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.

“Saya sudah tunaikan hajat tuan puan, jadi saya minta tuan puan tunaikan satu saja hajat saya. Hajat saya, tolong sokong calon BN. Sikit saja,” katanya pada Majlis Penyampaian Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah di Dewan Jubli Perak.

Sebelum itu, Najib mengumumkan bantuan khas kejatuhan harga getah sebanyak RM194 juta kepada pekebun kecil yang layak di Kuala Kangsar.

Najib berkata jumlah tersebut akan diberikan kepada 388,111 pekebun kecil yang layak akibat kejatuhan harga getah di pasaran.

“Bantuan berbentuk ‘one off’ ini untuk membantu meringankan kos sara hidup mereka.

“Pecahan daripada jumlah itu ialah 307,770 ialah pemilik pengusaha dan 80,341 penoreh getah yang akan menerima RM500 setiap seorang,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata bantuan yang diberikan itu bukan bertujuan untuk membeli undi bagi Parlimen Kuala Kangsar.

Sebaliknya bantuan itu diberi secara konsisten oleh kerajaan sejak 2013 dan 2014.

“Ini kali ketiga kita berikan bantuan. Jadi kalau orang kata kerana PRK, itu tak betul. Itu bidaah (tak betul). Ini soal kebajikan kepada masyarakat luar bandar.

“Menjadi harapan kerajaan dengan pemberian ini dapat membantu pekebun kecil yang terjejas pendapatan akibat kejatuhan harga getah yang ketara pada masa ini,” katanya.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1XdgPXp

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.