Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lukis PM bermuka badut, Fahmi Reza didakwa sekali lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lukis PM bermuka badut, Fahmi Reza didakwa sekali lagi

Pada 6 Jun lalu di mahkamah Kuala Lumpur, Fahmi Reza, 39, dituduh memuatkan imej perdana menteri bermuka badut di Instagram pada 31 Januari lalu. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 10 Jun — Pereka grafik Fahmi Reza sekali lagi didakwa bawah Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung lukisannya yang menggambarkan perdana menteri sebagai badut.

Aktivis itu didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini menurut Seksyen 233 (1) (a) akta tersebut kerana dengan sengaja mengguris perasaan orang lain apabila menyiarkan poster amaran palsu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di Facebook dengan menggambarkan Datuk Seri Najib Razak berwajah badut.

Peguamnya Malissa Sasidaran berkata mereka memohon jumlah ikat jamin dikurangkan daripada RM10,000 yang dimohon oleh pihak pendakwa. Hakim menetapkan RM7,000 dengan seorang penjamin.

“Kita meminta jumlah itu dikurangkan kerana jaminan itu hanya untuk memastikan kedatangannya ke mahkamah dan sebelum ini, [apabila] polis memanggilnya untuk memberikan keterangan, beliau pulang dari Thailand untuk beri kerjasama,” katanya kepada Malay Mail Online.

“Beliau beri kerjasama penuh dan hadir di mahkamah hari ini. Jadi saya berhujah ikat jamin tidak perlu terlalu tinggi seolah-olah mahu menghukumnya sebelum dijatuhkan hukuman.”

Pada 6 Jun lau, Fahmi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan memuatkan gambar muka Najib sebagai badut di media sosial Instagram.

Baca seterusnya di Malay Mail Online



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1UFNIFR

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.