Hi! Welcome Back and Stay Tune! Warta MKN tanpa titah Agung ‘sejarah hitam negara’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Warta MKN tanpa titah Agung ‘sejarah hitam negara’

Wan-Saiful-Wan-Jan_ns_law_600KUALA LUMPUR: Pewartaan Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 sebagai undang-undang tanpa persetujuan Agong menunjukkan kebimbangan yang diluahkan Majlis Raja-Raja terhadap beberapa peruntukan tidak ditangani, kata Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS).

“Kita harus bersuara dan menyoal mengapa kerajaan berkeras mahukan akta ini walaupun tanpa perkenan Agong,” kata badan pemikir itu dalam satu kenyataan.

RUU yang ditentang pembangkang ketika dibentangkan dalam Dewan Rakyat tahun lalu itu dengan sendirinya menjadi undang-undang walaupun tanpa persetujuan Agong.

Ini berdasarkan Fasal 4 (a) Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan, iaitu sesuatu RUU menjadi undang-undang 30 hari selepas dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan berkata dengan pewartaan itu, perdana menteri kini buat pertama kali dalam sejarah Malaysia diberikan bidang kuasa yang luas.

Menurutnya, kegagalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara menolak RUU itu merupakan sejarah hitam negara.

“Penting diingatkan yang undang-undang keselamatan ini mengenakan kekangan dan lebih banyak sekatan terhadap hak dan kebebasan rakyat seperti yang dijamin perlembagaan,” kata Saiful, dan menambah tidak ada rundingan langsung mengenai undang-undang itu di peringkat awam.

IDEAS melahirkan kebimbangan Malaysia akan menuju pemerintahan kuku besi seperti yang pernah dialami beberapa negara jiran.

“Kita berharap tidak menerima nasib yang sama.”

 





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UFDOUH

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.