Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Bukan semua kenal Mastura’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Bukan semua kenal Mastura’

Datin Mastura Mohd YazidKUALA KANGSAR: Walaupun Datin Mastura Mohd Yazid sudah 27 tahun tinggal di Kuala Kangsar, ramai yang tidak mengenali calon Barisan Nasional (BN) itu.

Seorang penduduk, Amir Ismail, 70, berkata andaian yang mengatakan seluruh penduduk bandar diraja ini mengenali beliau adalah diperbesarkan.

“Orang kampung terutamanya tidak kenal sangat dengan Mastura. Yang lain pun sekadar tahu beliau adalah isteri arwah (Wan Mohammad Khair-il),” kata pesara kerajaan itu ketika ditemui dalam satu program semalam, merujuk kepada bekas ahli Parlimen kawasan itu yang terbunuh dalam nahas helikopter di Sarawak bulan lalu.

Menurut Amir, ramai yang beranggapan pemilihan beliau sebagai calon BN adalah satu kesilapan.

Bagi Ahmad Zubairi Yakob, 52, bukan semua penduduk mengenali Mastura dan BN sepatutnya memilih pemimpin akar umbi berpengalaman sebagai calon mereka.

“Bukan soal kenal atau tidak. Tetapi pilihanraya ini untuk apa – bawa suara rakyat ke Parlimen. Jadi kalau hanya nak raih undi simpati, tidak kenalah,” kata peniaga itu lagi.

Sebelum ini, penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian berkata pemilihan Mastura memberikan kelebihan kepada BN kerana dapat menarik undi simpati.

Namun pencalonan beliau juga dilaporkan menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak dalam Umno, yang melobi menjadi calon.

Namun bagi Suraya Abdullah, 36, Mastura sentiasa menemani arwah suaminya turun padang sebelum ini.

“Kalau ada kematian, memang dia datang,” katanya sambil menambah tempoh iddah empat bulan bukan kekangan untuk beliau.

“Kalau pun tak keluar sendiri, ada jalan lain. Seperti apa yang BN buat sekarang, menggunakan multimedia dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di bazar Ramadan di sini, semalam.

Osman Kassim, 45, mengakui BN mempunyai jentera kempen yang hebat.

“Seperti biasa menteri-menteri akan datang. Jadi saya rasa (calon tidak keluar) tak jadi masalah,” katanya lagi.

Mastura ditentang Dr Najihatussalehah Ahmad dari PAS, Dr Ahmad Termizi Ramli dari AMANAH dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1PNzEOS

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.