Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gerakan pertikai kos kajian terowong P. Pinang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gerakan pertikai kos kajian terowong P. Pinang

jason loo

GEORGE TOWN: Seorang pemimpin Gerakan mempertikaikan ketaksamaan kos projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan tiga jalan berkembar, seperti yang dilaporkan di laman sesawang sebuah syarikat China yang dilantik untuk membina terowong itu.

Pemanku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang berkata makalah di laman sesawang China Railway Construction Corp (CRCC) menyatakan kos reka bentuk dan kebolehlaksanaan ditetapkan pada RM87.8 juta (USD22 juta) berbanding RM305 juta yang diumum kerajaan Pulau Pinang.

“Pengunjung yang baca laman sesawang CRCC mungkin terkeliru kerana angka RM305 juta oleh kerajaan negeri dan RM90 juta yang diumum oleh CRCC tersangat berbeza.

“Berita ini dilaporkan di laman rasmi CRCC, sepertimana kerajaan negeri menyiarkan berita dan dan maklumat melalui platform rasmi kerajaan negeri – Buletin Mutiara,” kata Jason Loo dalam satu sidang media hari ini.

Kerajaan Pulau Pinang sebelum ini mengumumkan kos kebolehlaksanaan Terowong Dasar Laut George Town-Butterworth dan tiga jalan berkembar sebanyak RM305 juta. Kajian kebolehlahsanaan terowong itu sahaja sebanyak RM20 juta.

Terowong akan dibina oleh Consortium Zenith-BUCG Sdn Bhd, dan CRCC yang mempunyai pengalaman luas membina terowong merupakan rakan usahasama projek ini.

“Sekiranya kos kebolehlaksanaan dilaporkan di laman sesawang CRCC sebanyak RM90 juta, kemana perginya baki RM205 juta?

“Jika kerajaan negeri mempertikaikan kandungan laporan oleh CRCC di laman rasmi mereka, maka rakyat Penang perlu menilai kebenaran semua berita yang dilaporkan dalam Buletin Mutiara,” kata Jason.

Sementara itu, Pengerusi CZBUCG Zarul Ahmad Mohd Zulkifli menyangkal kenyataan Jason sebagai tidak betul.

“Mereka bersandarkan kepada laporan 2013 oleh Pengerusi CRCC.

“Beliau berbahasa Mandarin dan pastnya disalah petik. Itu sahaja sumber mereka. Saya telah hubungi CRCC dan mereka tidak diminta untuk memberi penjelasan.

“Bahkan kontrak CRCC untuk kajian kebolehlaksanaan dan rekabentuk terhad kepada rekabentuk terperinci.

“Kita akan ambil tindakan undang-undang kerana ia berniat jahat,” katanya ketika dihubungi FMT.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28SV5Nq

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.