Hi! Welcome Back and Stay Tune! Punca Gejala Dan Rawatan Difteria - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Punca Gejala Dan Rawatan Difteria

Punca Gejala Dan Rawatan Difteria | Difteria merupakan sejenis penyakit yang dibawa oleh bakteria Corynebacterium Diphteriae. Penyakit ini tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak dan menghasilkan toksin yang membuatkan keradangan pada bahagian tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit susah untuk bernafas.

Difteria

Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang boleh membuatkan pesakit meninggal dunia.

Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan berjangkit serta disebarkan menerusi kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria. Penyakit ini tersangat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari.

Kadar kematian yang disebabkan difteria paling tinggi di kalangan bayi serta orang tua dan kematian selalunya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.

Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun dan orang tua usia di atas 60 tahun amat berisiko mendapat penyakit difteria.

Rawatan bagi penyakit ini termasuk anti-toksin difteria yang melemahkan toksik dan antibiotik Erythromycin dan peninsilin yang membantu membasmi bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin.

Secara umumnya, difteria boleh dicegah menerusi vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Penyakit ini ditandai dengan adanya penebalan atau pembengkakan dinding tekak, berwarna kemerahan, ada bintik-bintik putih, disertai rasa sakit menelan.

Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah Punca Gejala Dan Rawatan Difteria yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat pembacaan para pengunjung setia blog ini.

Punca Gejala Dan Rawatan Difteria

Gejala Penyakit Difteria

1. Ada membran tebal warna abu yang melapisi tekak dan tonsil.
2. Sakit tekak.
3. Sakit ketika menelan.
4. Kelenjar di leher membengkak.
5. Kesukaran bernafas.
6. Keluar cairan dari hidung.
7. Demam dan menggigil.
8. Batuk.
9. Sakit kepala.

Bahaya Difteria

1. Pernafasan terhenti
2. Radang pada otot jantung
3. Kegagalan jantung
4. Lumpuh saraf

Langkah Pencegahan Difteria

1. Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan panas
2. Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk.
3. Banyakkan minum air.
4. Jangan minum produk tenusu
5. Rehat secukupnya
6. Elak dari menghirup udara yang kotor
7. Elak dari bakteria
8. Amalkan minum madu/air asam jawa
9. Jangan minum minuman berkafien
10. Elak daripada meminum minuman beralkohol.

Rawatan Difteria

1. Jumpa doktor pakar bagi membuat pemeriksaan lanjut.
2. Buang segera kelenjar tonsil supaya tidak merebak.

The post Punca Gejala Dan Rawatan Difteria appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.