Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pameran persenjataan penting tangani kebangkitan ancaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pameran persenjataan penting tangani kebangkitan ancaman

hishamudin

KUALA LUMPUR: Kebangkitan ancaman dalam negara dan antarabangsa seperti kumpulan pengganas Daesh sebab Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 amat penting.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata pihak penggiat sfera pertahanan berdepan cabaran yang semakin kompleks dan rumit.

“Seperti yang boleh kita saksikan, kejadian di Orlando, malah di jalanan kota London, di Belgium dan di Jakarta.

“(Di Malaysia) Di satu peringkat kita telah kenalpasti beberapa titik utama seperti Selat Sulu dan Selat Melaka.

“Juga terdapat isu keselamatan sempadan antara negara-negara jiran, dan konflik Laut China Selatan yang perlu dipantau dengan teliti.”

Hishamuddin yang ditemui pemberita di sidang media pelancaran pameran LIMA 2017 hari ini menambah cabaran keselamatan seperti itu sebab pameran teknologi persenjataan amat penting.

“Dunia mahu tahu amalan terbaik yang boleh kita contohi; siapakah yang memiliki teknologi terbaik di luar sana; dan apakah cabaran yang perlu kita tempuhi kerana musuh-musuh seperti ini, musuh kita semua.

“Mereka yang menyertai pameran sebelum ini mengiktiraf hakikat ini. Sebab itu LIMA tahun lelu terima maklum balas yang baik daripada mereka yang berminat dengan bidang pertahanan dan keselamatan.”

Pameran LIMA 2017 dijadualkan berlangsung dari 21 ke 25 Mac tahun depan dan Hishamuddin mengharapkan pameran yang lebih besar dari sebelum ini.

Beliau dan Kementerian Pertahanan menjangkakan sekurang-kurangnya 80 pesawat termasuk 68 kapal perang dan bot dipamerkan. Mereka juga berharap kedatangan pengunjung meningkat kepada 40,000 orang dan penyertaan 380 delegasi.

“Kita mahu menganjurkan pameran bertaraf dunia yang memaparkan Astaka Kerajaan, Astaka Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Seksyen Penyelidikan & Pembangunan (R&D).

“Kita juga mahu adakan kembali persidangan dan mesyuarat berimpak tinggi, seperti perbincangan meja bulat Panglima Tentera Laut dan Persidangan Panglima Tentera Udara.”

Dalam perkembangan lain, Hishamuddin memaklumkan mesyuarat antara kementerian pertahanan Malaysia, Filipina dan Indonesia telah dipercepatkan ke bulan depan.

Mesyuarat ini yang akan menyaksikan tiga negara terlibat membincangkan langkah bersama memerangi ancaman militan dari Sulu akan diadakan di Jakarta.

“Kami (tiga negara) akan kembali bermesyuarat bulan depan. Saya rasa ia dipercepatkan kerana menyedari masalah seperti ini bukan sesuatu yang boleh ditangani oleh sebuah negara.”





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/28P0u4m

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.