Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kalau tengok ‘loya’, restoran nasi kandar terlalu kotor ditutup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kalau tengok ‘loya’, restoran nasi kandar terlalu kotor ditutup

Keratan akhbar menunjukkan serbuan di sebuah restoran nasi kandar di George Town yang didakwa kotor dan cuai mengendali makanan dengan bersih.GEORGE TOWN, 2 Jun ― Sebuah restoran nasi kandar di Jalan Burma di sini diarah tutup serta-merta selama dua minggu kerana terlalu kotor akibat pengendalinya yang pengotor.

Bahan untuk masakan seperti ayam dan daging dibiarkan di atas lantai, selain bahan mentah disimpan di dalam peti sejuk yang dipenuhi kesan kotoran darah, lapor Harian Metro.

Tinjauan akhbar itu juga mendapati bahagian dapur premis itu dipenuhi kotoran sisa tumpahan kuah sehingga sesiapa yang melihatnya “boleh hilang selera makan dan loya.”

Serbuan di tiga premis di situ dibuat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kesihatan Negeri pagi semalam selepas mendapat aduan orang awam.

“Restoran nasi kandar itu didapati melanggar syarat kebersihan termasuk menuang secara terus sisa makanan ke dalam longkang tanpa penapisan, bahan mentah dicampur dengan bahan masakan di dalam peti sejuk yang kotor dan dicemari dengan darah,” kata ahli majlis MBPP Ong Ah Teong.

“Jabatan Kesihatan mengarahkan pemilik restoran melakukan kerja pembersihan sekiranya mahu beroperasi semula.”

MBPP mendenda dua premis dengan nilai RM930, sementara Jabatan Kesihatan mendenda sebuah premis dengan RM1,000.

Restoran nasi kandar bagaimanapun tidak didenda kerana diarah tutup untuk kerja-kerja pembersihan, lapor akhbar itu lagi.



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1Xj8LVP

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.