Kerajaan siasat penuh, menantu Zahid mati di klinik gigi
KUALA LUMPUR, 2 Jun — Kerajaan akan menyiasat kematian mengejut Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu timbalan perdana menteri, di klinik pergigian di sini petang semalam.
Suami anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak sedar diri ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar.
“Kita akan siasat apa yang telah terjadi,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Jenazah suami Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid selamat dikebumikan di perkuburan Sungai Ramal Luar, Kajang kira-kira 10 pagi ini.
MENYUSUL LAGI
from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1PlZBF0
Post a Comment