Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aladdin Street – Laman E-Dagang Produk Halal Daripada Angkasawan Negara Mula Beroperasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aladdin Street – Laman E-Dagang Produk Halal Daripada Angkasawan Negara Mula Beroperasi

Pada awal tahun ini, Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah mengumumkan penyertaan beliau dalam arena internet melalui sebuah laman e-dagang yang memfokuskan kepada produk halal. Ia diberikan nama Aladdin Street, dan dilihat beroperasi sebagai sebuah marketplace yang membolehkan penjual lain menggunakannya dalam penawaran produk-produk mereka.

Aladdin Street

Terkini, selepas beberapa bulan diumumkan, perkhidmatan Aladdin Street dilihat telah beroperasi, dan sejumlah produk mula ditawarkan melaluinya. Aladdin tidak hanya menawarkan produk makanan halal sahaja, sebaliknya turut menawarkan pelbagai produk lain – termasuk barangan elektronik.

Pengguna sudah boleh melakukan pembelian menggunakannya di web, ataupun melalui aplikasi mudah-alih di Android atau iPhone. Buat masa ini, kami masih belum cuba melakukan pembelian menggunakannya.

Aladdin Street

Ketika pengenalannya tempoh hari, Dr Sheikh Muszaphar telah mengatakan mereka ingin menjadi sebesar Amazon, dan ingin beroperasi di lebih kurang 30 buah negara. Selain di Malaysia, hari ini mereka turut telah mengumumkan akan mula beroperasi di Singapura tidak lama lagi.

Bagi anda yang aktif membeli-belah di arena online, anda mungkin boleh menyemak laman Aladdin Street ini, dan membandingkannya sama ada anda boleh mendapatkan produk pada harga lebih rendah berbanding laman lain.

Muat-Turun Aladdin Street untuk Android

Muat-Turun Aladdin Street untuk iPhone

Layari : Aladdin Street






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ayzo84

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.