Facebook Mungkin Mencapai 2 Bilion Pengguna Aktif Bulanan Menjelang Penghujung 2016
Facebook merupakan laman sosial terkemuka, yang mana digunakan sesetengah pengguna sebagai laman utama apabila membuka pelayar web mereka. Pada hari ini, hampir kebanyakkan pengguna mempunyai akaun Facebook – termasuk bagi mereka yang baru mula mengenali arena internet.
Berkongsi mengenai laporan kewangan mereka pada hari ini, Facebook kini mengatakan mempunyai lebih 1.71 bilion pengguna aktif setiap bulan, salah satu angka yang sangat tinggi jikalau dibandingkan dengan perkhidmatan lain. Pengguna Facebook pada peranti mudah-alih sahaja telah melangkaui lebih 1 bilion pengguna aktif pada setiap hari.
Jikalau Facebook terus memperlihatkan perkembangan sihat dari hari ke hari, kita mungkin akan melihat Facebook mencapai lebih 2 bilion pengguna aktif pada setiap bulan menjelang penghujung 2016 ini.
Disamping perkhidmatan laman sosial, Facebook turut mempunyai dua lagi platform yang digunakan ramai, iaitu WhatsApp dan juga Instagram. Sebelum ini, mereka juga telah memperlihatkan projek untuk memancarkan internet dari dron, sekaligus membawa lebih ramai pengguna dikawasan pedalaman untuk mengakses internet – sekaligus secara tidak langsung menambah lagi angka pengguna Facebook.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2ao1H8i
Post a Comment