Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Dilihat Telah Mula Menguji Android 7.0 Nougat Untuk Huawei P9 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Dilihat Telah Mula Menguji Android 7.0 Nougat Untuk Huawei P9

Salah satu perkara yang sering menjadi igauan ramai pengguna Android adalah berkaitan dengan kemaskini sistem operasi untuk peranti mereka. Google baru-baru ini telah memperkenalkan Android 7.0 Nougat, sekaligus membawa kepada tanda tanya baru berkaitan bilakah peranti-peranti anda akan menerimanya.

Huawei P9 review 001

Terkini, ia dilihat Huawei telah mula membangunkan dan menguji sistem operasi Android 7.0 Nougat untuk peranti Huawei P9 mereka. Ia boleh dikatakan agak pantas Huawei melakukannya, dan versi pembangunan dan ujian untuknya telah pun tertiris ke arena web – sekaligus membolehkan anda yang berminat untuk mengujinya.

Huawei seperti biasa mengekalkan penggunaan antaramuka EMUI pada Android 7.0 Nougat, dan ia turut hadir dengan beberapa ciri-ciri tambahan, termasuk sokongan lebih dari satu pengguna, pengoptimasian penggunaan bateri melalui Huawei ROG, dan pelbagai pengoptimasian sistem operasi lain.

Fail ujian untuk Android 7.0 Nougat bagi Huawei P9 ini sedia dikongsikan di laman XDA, dan bagi anda yang sanggup mengambil risiko, boleh mencubanya sendiri.

Dengan fasa ujian yang telah dimulakan oleh Huawei ini, mungkinkah kita akan melihat Huawei menjadi antara terawal menawarkan kemaskini Android 7.0 Nougat untuk telefon pintar Android?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2avTONp

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.