Hi! Welcome Back and Stay Tune! SoundCloud Dilaporkan Sedang Dalam Pencarian Pembeli Pada Nilai $1 Bilion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SoundCloud Dilaporkan Sedang Dalam Pencarian Pembeli Pada Nilai $1 Bilion

SoundCloud merupakan salah satu platform yang digunakan ramai untuk berkongsi fail berbentuk audio, termasuk podcast mahupun lagu nyanyian sendiri. Disamping itu, baru-baru ini mereka telah memperkenalkan perkhidmatan SoundCloud Go yang menawarkan sokongan langganan perkhidmatan penstriman lagu.

SoundCloudTerkini, mengikut laporan Bloomberg, SoundCloud dikatakan sedang dalam usaha mencari pembeli baru untuk syarikat mereka pada nilai $1 bilion.

SoundCloud dilihat menghadapi masalah dalam menjana pendapatan melalui perkhidmatan mereka buat masa ini. Sebelum ini, SoundCloud telah mendapatkan suntikan dana pelaburan daripada Twitter sebanyak $70 juta.

Buat masa ini, ia tidak lagi diketahui siapakah antara syarikat yang berminat untuk mendapatkan SoundCloud.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aKKZxa

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.