Asus Zenfone 3 Kini Disenaraikan Dengan Sokongan Cip Snapdragon 821
Asus ketika memperkenalkan Asus Zenfone 3 Deluxe, mereka mengatakan ia menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 820 – selain beberapa variasi peranti dengan spesifikasi lebih rendah. Namun, kini dengan pengenalan cip Snapdragon 821 secara rasminya, halaman produk untuk Asus Zenfone 3 Deluxe telah dikemaskini dengan sokongan sehingga cip Snapdragon 821.
Ini sekaligus menjadikan Asus Zenfone 3 Deluxe antara peranti terawal yang mungkin hadir dengan cip pemprosesan berkenaan. Menggunakannya, ia kini menawarkan kuasa pemprosesan 10% lebih pantas berbanding dengan Snapdragon 820. Memandangkan Asus sering hadir dengan penawaran pelbagai variasi, tidak mustahil untuk kita turut melihat versi Snapdragon 820 hadir ke pasaran.
Asus Zenfone 3 Deluxe dilihat akan menawarkan pelbagai sokongan dan spesifikasi terkini – turut dilengkapi dengan memori 6GB RAM dan ruangan storan sehingga 256GB berasaskan UFS 2.0.
Asus sebelum ini mengatakan mereka menyasarkan untuk menawarkan peranti berkenaan di Malaysia sekitar bulan Ogos kelak.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29KefYi
Post a Comment