Hi! Welcome Back and Stay Tune! ParkEasy Kini Memudahkan Anda Membuat Tempahan Parkir Di MidValley - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ParkEasy Kini Memudahkan Anda Membuat Tempahan Parkir Di MidValley

Mencari tempat letak kenderaan di dalam beberapa pusat membeli-belah boleh dikatakan salah satu proses yang sukar – apatah lagi ketika waktu puncak. Untuk memudahkan proses berkenaan, salah satu perkhidmatan yang membantu para pengguna adalah aplikasi ParkEasy.

ParkEasyMelalui ParkEasy, pengguna boleh membuat tempahan untuk tempat letak kenderaan terus melalui telefon pintar mereka, dan terus ke petak yang ditempah sebaik sahaja tiba di pusat membeli-belah berkenaan. Tempat letak kenderaan yang ditempah akan dilabelkan dengan nombor plat kenderaan berkenaan melalui papan tanda LED.

Sedikit caj tambahan selain daripada caj parkir akan dikenakan ketika menggunakan perkhidmatan ini. Tetapi memandangkan ia akan menjimatkan masa pengguna dalam mencari kotak parkir – selain tidak menambah tekanan dengan perlu berpusing-pusing di kawasan letak kenderaan, perkara ini mungkin tidak diambil kisah oleh sesetengah pengguna.

Sebelum ini, ParkEasy hanya ditawarkan di Sunway Pyramid sahaja. Terkini, mereka turut telah mula menawarkan tempahan parkir di satu lagi pusat membeli-belah popular di Lembah Klang, iaitu MidValle.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ParkEasy pada peranti Android atau iOS, dan menggunakannya dalam membuat tempahan tempat letak kenderaan anda.

Muat-Turun ParkEasy untuk iPhone

Muat-Turun ParkEasy untuk Android






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29Dw216

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.