Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Windows 10 Mobile Memulakan Petisyen Untuk Mendapatkan Aplikasi Pokemon GO - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Windows 10 Mobile Memulakan Petisyen Untuk Mendapatkan Aplikasi Pokemon GO

Pokemon GO ialah aplikasi terhangat di pasaran sekarang dan mengungguli carta Android dan iOS. Ia turut mengakibatkan berlakunya insiden tidak diingini seperti rompakan dan penemuan mayat. Buat masa ini hanya pemilik peranti Android dan iOS dapat menikmati permainan ini. Kepada pengguna platform lain mereka hanya mampu melihat dengan penuh iri hati. Oleh itu sebuah petisyen telah dimulakan bagi meminta Niantic, Nintendo dan The Pokemon Company untuk menghasilkan aplikasi untuk Windows 10 Mobile.

Pokemon-Go-LogoKetika artikel ditulis petisyen sudah ditandatangani oleh 39861 pengguna. Alasan yang diberikan ialah Windows 10 Mobile ialah sistem operasi ketiga paling popular sekarang. Pada waktu yang sama terdapat 81 Juta peranti Windows 10 Mobile di pasaran sekarang dan ini bukanlah jumlah yang sedikit. Penandatangan berharap petisyen ini akan diambil serius dan mereka tidak akan terus ketinggalan menikmati permainan ini.

Sebagai pengguna Android kami hanya boleh bersimpati dengan pengguna Windows 10 Mobile. Kami berharap petisyen didengari kerana demam “Gotta catch ’em all” tidak harus terhadap kepada pengguna platform terpilih sahaja. Setiap individu mempunyai hak sama rata untuk menjadi pelatih Pokemon terbaik.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29u0kRM

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.