Hi! Welcome Back and Stay Tune! Twitter Kini Menyokong Perkongsian Gambar GIF Bersaiz Sehingga 15MB - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Twitter Kini Menyokong Perkongsian Gambar GIF Bersaiz Sehingga 15MB

Twitter sebelum ini telah menyertakan sokongan gambar GIF pada platform mereka, membolehkan pengguna untuk memuat-naik gambar beranimasi sehingga 5MB ke Twitter sama ada melalui web mahupun peranti mudah-alih. Hari ini, Twitter meningkatkan saiz GIF yang disokong sehingga kepada 15MB.

Peningkatan ini hanya diaktifkan pada versi web sahaja buat masa ini, dan mungkin akan diperkenalkan pada semua platform lain tidak lama lagi.

Twitter

Twitter telah menambah sokongan GIF melalui perkhidmatan mereka sejak tahun 2014 yang lepas, dan memerlukan pengguna menekan butang “Play” sebelum sesuatu animasi tersebut dimainkan. Baru-baru ini, pada tahun ini Twitter turut telah menambah integrasi daripada Giphy dan lain ke dalam perkhidmatan mereka.

Dengan sokongan gambar GIF bersaiz lebih besar, ini sekaligus akan membolehkan para pengguna untuk memuat-naik animasi GIF yang lebih panjang pada resolusi lebih tinggi. Namun, pada masa yang sama, ia juga akan secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada jumlah data yang digunakan pengguna – terutamanya pada peranti mudah-alih.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29LCClc

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.