Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Mempunyai Rekaan Slot Yang Menyokong Kedua-Dua Kad Memori UFS Dan Juga Mikro-SD - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Mempunyai Rekaan Slot Yang Menyokong Kedua-Dua Kad Memori UFS Dan Juga Mikro-SD

Samsung pada minggu lepas telah memperkenalkan kad memori UFS yang menawarkan kelajuan pembacaan dan penulisan berkali-ganda lebih pantas berbanding dengan mikro-SD. Namun, salah satu perkara yang tidak digemari ramai adalah kerana rekaan kad memori berkenaan yang mana tidak mesra dengan slot soket untuk mikro-SD pada hari ini.

Menjawab mengenainya, Samsung mengatakan mereka telah mempunyai rekaan slot yang menyokong kedua-dua kad memori UFS dan juga mikro-SD, dan ia bakal digunakan pada peranti-peranti akan datang.

Samsung Kad Memori UFS

Perkara ini semestinya melegakan ramai pengguna, sekaligus membolehkan mereka kekal menggunakan kad memori mikro-SD sedia ada walaupun mendapatkan peranti baru. Namun, untuk menikmati kelajuan yang lebih pantas, seperti biasa pengguna akan perlu mendapatkan kad memori UFS daripada Samsung atau pengeluar lain.

Rekaan yang menyokong pelbagai jenis kad memori bukan sesuatu yang baru, tetapi telah diintegrasikan pada pelbagai pembaca kad bersaiz kompak serta pada beberapa peranti lain. Namun, pada peranti mudah-alih, rekaannya perlu lebih kompak dan tidak memakan ruangan yang besar. Ia juga tidak diketahui lagi buat masa ini sama ada rekaan Samsung ini akan turut mesra penggunaan hibrid bersama kad-SIM untuk peranti dwi-SIM ataupun sebaliknya.

Secara tidak langsung, ini juga sekaligus memberikan idea yang mana berkemungkinan Galaxy Note 7 yang bakal diperkenalkan kelak mungkin menawarkan sokongan untuk kedua-dua kad memori ini bagi memudahkan pengguna memperluaskan ruangan storan mereka.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29rT4JI

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.