Ini Mungkin Adalah Kerangka Untuk iPhone 7 – Akan Menawarkan Kamera Yang Lebih Baik?
Apple dijangka memperkenalkan iPhone 7 atau iPhone generasi baru mereka untuk tahun 2016 ini sekitar bulan September kelak. Pelbagai laporan telah mengatakan ia akan mengekalkan bentuk rekaan utama seperti iPhone 6S sebelum ini, tetapi dengan beberapa perubahan kecil.
Lanjutan daripadanya, terkini, sebuah gambar kerangka iPhone generasi baru hadir, memperlihatkan kemungkinan bagaimana iPhone baru kelak akan kelihatan.
Secara kasar, kerangka ini memperlihatkan rekaan seumpama telefon pintar iPhone sedia ada. Namun, salah satu perubahan besar yang kelihatan pada kerangka ini adalah penggunaan bahagian lensa kamera yang lebih besar berbanding sebelumnya.
Ini sekaligus memperlihatkan Apple mungkin memfokuskan kemaskini pada kali ini kepada ciri-ciri kamera. Penggunaan lensa yang besar ini dijangka akan membolehkan pengguna merakamkan gambar yang lebih cantik pada keadaan cahaya malap. Pada hari ini, beberapa kamera peranti mudah-alih lain merakamkan gambar yang lebih cantik pada cahaya malap berbanding dengan iPhone, dan mungkin Apple ingin mengatasi masalah tersebut.
Selain itu, sebelum ini, ia turut diura-ura Apple akan hadir dengan sebuah model khusus yang menyertakan sokongan dwi-kamera pada telefon pintar mereka.
Satu lagi perubahan yang turut diperlihatkan adalah kini Apple berjaya menyembunyikan garisan antena yang sering diperlihatkan pada bahagian belakang iPhone sebelum ini.
Apple iPhone 7 ini juga dijangka tidak akan menyertakan sokongan port untuk audio-jack, memerlukan pengguna menghubungkan aksesori audio mereka melalui Bluetooth ataupun menggunakan penyambung sama pada bahagian pengecasan.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2a3SDT1
Post a Comment