Microsoft Sprightly Memudahkan Anda Membuat Katalog Dan Risalah Pada Peranti Mudah-Alih
Microsoft dibawah Satya Nadella sering memfokuskan kepada penawaran pelbagai aplikasi dan perkhidmatan yang meningkatkan produktiviti pengguna. Sejumlah aplikasi ditawarkan oleh Microsoft, dan salah satu yang menarik adalah Microsoft Sprightly.
Microsoft Sprightly dibangunkan oleh Microsoft Garage yang sering hadir dengan pelbagai aplikasi berbentuk eksperimental. Ia ditawarkan untuk pengguna Android dan iOS secara percuma.
Menggunakan aplikasi ini, pengguna hanya perlu merakamkan beberapa gambar produk yang ingin dimasukkan dalam katalog atau risalah menggunakan kamera peranti mudah-alih mereka, dan kemudian menggunakan beberapa tema yang sedia ada, sekaligus menambah kandungan untuknya.
Aplikasi ini memudahkan lagi tugasan peniaga yang sering kali perlu mengupah perekabentuk yang mungkin mengambil masa yang sedikit lama dan memakan sedikit kos tambahan. Sebaik sahaja merekabentuk dan menyusun barangan yang ingin dijual dalam bentuk katalog, pengguna kemudian boleh menyimpan ia dalam bentuk imej untuk dikongsikan pada laman sosial, ataupun memilih untuk menyimpannya dalam bentuk PDF untuk diberikan kepada pelanggan.
Selain daripada katalog dan risalah, pengguna turut boleh menggunakan aplikasi ini dalam membuat senarai harga barangan, kad ucapan, dan beberapa dokumen lain.
Bagi anda yang terlibat dalam arena perniagaan jual-beli barangan, dan inginkan suatu aplikasi mudah untuk membuat katalog, anda mungkin boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma untuk peranti Android atau iOS hari ini.
Muat-Turun Microsoft Sprightly untuk Android
Muat-Turun Microsoft Sprightly untuk iOS
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29BugvU
Post a Comment