Batman Return To Arkham Mungkin Akan Hadir November
Koleksi remastered Batman Arkham Asylum dan Arkham City, Return To Arkham sepatutnya mula dijual hujung bulan ini. Namun selepas melihat perkembangan yang kurang memuaskan dilakukan oleh Virtuous Studios, pihak Warner Brothers Studios nekad menangguhkan pelancarannya ke tarikh yang belum diketahui. Ini bagi mengelakkan ia menerima tempelak yang sama seperti pelancaran Arkham Knight edisi PC tahun lalu.
Tarikh pelancaran permainan ini kini dipercayai berubah ke bulan November. Ini bagi memberikan lebih banyak masa kepada Virtuous Studios untuk menyiapkan permainan dengan sempurna. Pada waktu yang sama menurut laporan Eurogamer, sekiranya tarikh ini gagal ditepati pihak WB tidak teragak-agak menangguhkan pelancaran Return To Arkham ke awal 2017. Penangguhan ini pastinya mendatangkan kemarahan kepada mereka yang telah melakukan pra tempahan. Namum lebih baik menerima permainan yang siap sepenuhnya dari yang dipenuhi pepijat.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29uqYZX
Post a Comment