Hi! Welcome Back and Stay Tune! 37 titik panas di Indonesia, tiada tanda merah di Malaysia: Jabatan Alam Sekitar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

37 titik panas di Indonesia, tiada tanda merah di Malaysia: Jabatan Alam Sekitar

KUCHING: Tiada titik panas dicatatkan di negara ini manakala 37 titik panas dicerap di negara jiran sepanjang 24 jam lalu, menurut portal web Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Daripada jumlah ini, 15 titik panas dikesan di Sumatera manakala 22 titik panas dikesan di Kalimantan.

Keadaan ini meredakan situasi jerebu di negara ini, selain dibantu oleh tiupan angin monsun yang turut membawa hujan lebat ke beberapa lokasi di selatan Sarawak.

Sementara itu sehingga 19 Ogos lalu, JAS berkata, sebanyak 299 kebakaran hutan dilaporkan di seluruh negara, selain 515 kebakaran belukar.

“Sebanyak 48 kes kebakaran di tapak pembinaan turut dilaporkan, selain 70 kes kebakaran di tapak pelupusan, 15 kebakaran industri, 592 kebakaran kawasan pertanian dan 725 lain-lain kebakaran.

“Ia menjadikan keseluruhan 2,263 kes kebakaran dilaporkan kepada JAS dalam tempoh tersebut,” kata laporan tersebut.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 207 kompaun dikeluarkan selain 21 surat arahan dan 29 notis arahan. Sebanyak 15 kes lagi kini sedang dalam peringkat penyiapan kertas siasatan sebelum proses pertuduhan mahkamah dilakukan. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.