Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib: Tak kira apa warna medal, anda hero rakyat Malaysia! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib: Tak kira apa warna medal, anda hero rakyat Malaysia!

KUALA LUMPUR: “Saya minta maaf kerana gagal menyumbang pingat emas yang sememangnya dinanti-nantikan Malaysia,” kata Datuk Lee Chong Wei apabila tewas kepada pemain China, Cheng Long di Pavilion 4, Riocentro, di Rio de Janeiro, Brazil pada malam tadi.

Betapapun, peminat menganggap Chong Wei sudah melakukan yang terbaik dengan mendapat pingat perak sempena Sukan Olimpik Rio de Janeiro di Brazil.

Chong Wei tewas 18-21, 18-21 kepada pemain nombor dua dunia badminton China itu dalam pertarungan 76 minit, sekali gus meranap impian Malaysia mendapatkan pingat emas pertama dalam sejarah Olimpik.

Chong Wei mengakhiri karier Olimpiknya dengan tiga pingat perak berturut-turut.
Manakala, untuk Chen Long, ini merupakan pingat emas pertama beliau.

Chong Wei dan Chen Long sebenarnya pernah bertemu 26 kali dalam masa tujuh tahun dengan pemain negara menang 13 kali, lebih dua kali berbanding juara baru dunia itu.

Chen Long pernah mengecewakan Chong Wei dalam dua final Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark 2014 serta di Jakarta, Indonesia tahun lepas.

Pingat perak Chong Wei di Copenhagen ditarik balik selepas beliau gagal dalam ujian doping yang menyaksikannya digantung lapan bulan.

Sebelum aksi final di sini, Chong Wei dan Chen Long bertemu empat kali dalam tempoh setahun.

Chong Wei sudah bertungkus-lumus memaksa Chen Long bermain bermati-matian dan melakukan tanggungjawabnya, namun Chen Long berada di tempat lebih baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang turut menyaksikan perlawanan akhir menyifatkan Chong Wei menunjukkan permainan yang baik.

Di Twitter Najib menulis, “Tak kira apa jua warna medal, anda adalah hero kami rakyat Malaysia! Tahniah.”

Seorang pengikut Facebook Malaysiakini Sukan, Dak Nip berkata Chong Wei bermain untuk negara dan bukan untuk diri sendiri semata-mata. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.