Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maafkan saja Khai Bahar akui tersasul, tiada niat hina, malah sayangkan S’wak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maafkan saja Khai Bahar akui tersasul, tiada niat hina, malah sayangkan S’wak

KUALA LUMPUR: Isu penyanyi sensasi Smule, Muhammad Khairul Baharudin, 22 asal Perlis mengakui tersasul semasa mengeluarkan kenyataan berkaitan Sarawak yang melonjak viral di media sosial.

Sedutan rakaman video itu viral di Facebook sehingga mendapat lebih 1,000 perkongsian selain menerima pelbagai kecaman netizen di ruangan komen.

Khai Bahar semasa ditemu bual Malaysia Hari Ini (MHI) terlepas cakap mengatakan “…tiada apa-apa di Sarawak…”.

Bagi Khai kenyataan tersebut tidak membawa sebarang niat buruk, terutama untuk menghina negeri tempat dia pernah mencari rezeki selama lapan bulan.
Khai menceburi dunia busking di sebuah kedai milik kawannya di Kuching.

Melalui Instagram, Khai menulis dia suka Sarawak kerana suasananya boleh menenangkan fikiran.

Khai berkata, dia tidak berniat langsung menghina penduduk Sarawak dan meminta maaf kerana tersasul.

“Saya minta maaf kepada semua penduduk Sarawak. Saya sayang Sarawak dan tidak ada niat langsung untuk merendah-rendahkan negeri itu.

“Lagipun saya pernah menetap di sana agak lama.

“Maksud saya Sarawak tiada apa-apa adalah merujuk kepada saya tiada ahli keluarga yang menetap di sana, bukan negeri itu tidak menarik.

Bercakap kepada mStar, Khai berkata, “Saya sayangkan Sarawak dan kawan-kawan saya di sana semua sudah dianggap seperti keluarga sendiri,” ujarnya.

Dalam sedutan video berkenaan, Khai menjawab apabila ditanya kenapa dia suka ke Sarawak oleh dua pengacara program berkenaan.

Khai mula dikenali selepas nyanyiannya menerusi lagu “Sudah Kutahu” nyanyian Projector Band di aplikasi Smule.

Nyanyian duet Khai dengan Siti Nordiana menjadi viral di laman sosial Instagram, Facebook dan YouTube sehingga dibanjiri peminat mencecah lebih 100,000 pengikut.

Video tersebut mendapat lebih sejuta tontonan di YouTube masa awal dimuat naik.
Khai mengaku terkejut apabila menerima terlalu banyak mesej sehingga dikritik di laman sosial sejak pagi Khamis lepas.

Khai yang merancang hendak ke Sarawak minggu ini terpaksa menunda kehadirannya atas nasihat rakan-rakan karibnya di Sarawak.

“Insya-Allah jika sudah (keadaan) reda nanti, saya tetap akan ke sana kerana saya rindu mereka semua,” ujar Khai seperti dilaporkan mStar.

Menempuh semua ini, Khai mengaku beberapa bulan menjadi artis membuatkan dia terpaksa belajar banyak perkara berkaitan industri dalam masa yang singkat.

Katanya, dia juga masih belajar mengatasi rasa gementar sehingga keluar ayat tidak lengkap dan tidak betul ketika berhadapan dengan kamera.

Mengakui pemalu, Khai berkata dia belajar bercakap dengan baik sedikit demi sedikit.
Justeru Khai memohon, “Jika ada perkataan yang salah atau silap itu, saya harap dimaafkan kerana saya kadang-kadang tidak bermaksud begitu,” ujar Khai. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.