Hi! Welcome Back and Stay Tune! Azrinaz, bekas isteri Sultan Brunei, enggan jaja kisah peribadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Azrinaz, bekas isteri Sultan Brunei, enggan jaja kisah peribadi

KUALA LUMPUR: Azrinaz Mazhar Hakim, 37, bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dalam catatan terbaharu akaun Instagramnya berkata, ini bukan masa yang sesuai baginya mendedahkan kisah peribadinya termasuk spekulasi pertunangan dengan Wak Doyok.

Screen Shot 2016-08-21 at 11.01.42Azrinaz mengakui memahami tugasan wartawan  kerana dia pernah menjadi wartawan penyiaran di TV3.

“Saya juga pernah memburu berita dan berada di tempat mereka. Tetapi permintaan kalian buat masa ini dengan rasa hormat terpaksa ditolak walaupun berat di hati,” katanya yang kelihatan semakin jelita.

“Apatah lagi kalian semua rakan seangkatan yang sama-sama dulu membanting tulang duduk semeja.

“Siapalah saya nak berbicara mengenai itu dan ini. Bukan spekulasi tapi kurang gemar menjaja perihal peribadi,” ujarnya.

Azrinaz dilaporkan bertunang  dengan Wak Doyok atau nama sebenar Muhammad Azwan Mohd. Nor, 36, pada 23 Julai lalu.

Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu.

Sementara itu, hasil perkahwinan Azrinaz dengan Sultan Brunei, mereka dikurniai sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 10 tahun, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 8 tahun.

Di usia 26 tahun pada tahun 2005, Azrinaz  berkahwin dengan Sultan Brunei  yang berusia 58 tahun. .

Mereka bercerai dengan talak satu pada 16 Jun 2010 dengan semua gelaran termasuk Yang Teramat Mulia Pengiran ditarik balik.

Bibit perkenalan Azrinaz dengan Sultan Hassanal Bolkiah menurut satu sumber dikatakan bermula di Pucon, Chile apabila baginda menghadiri mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada Jun 2004  dan Azrinaz kebetulan membuat liputan bagi TV3.

Wak Doyok dianggap sebagai selebriti Instagram Malaysia yang mendunia dengan hampir sejuta peminat.

Beliau dikenali dengan misai melentiknya, dan dikaitkan dengan produk melebatkan janggut dan misai. Wak Doyok diakui sebagai trend setter, ikon fesyen baharu dalam kalangan lelaki di Malaysia, sering tampil dengan bergaya: pakaian rapi, rambut berjambul, berjanggut, serta kumis lebat yang hujungnya dilentik. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.