Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fakta Pelik Sukan Olimpik Dan Acara Yang Tidak Lagi Di Pertandingkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fakta Pelik Sukan Olimpik Dan Acara Yang Tidak Lagi Di Pertandingkan

Bandaraya Rio De Janeiro, Brazil bakal mengucapkan selamat tinggal kepada atlet-atlet terhebat dunia yang bersaing dalam Sukan Olimpik 2016.

Olimpik Rio 2016

Sebagai sebuah institusi global yang masih 'berdiri' teguh untuk lebih ratusan tahun lamanya, Sukan Olimpik moden turut berevolusi sepertimana keadaan persekitarannya.

Maka, tidak hairanlah banyak acara sukan yang datang dan pergi, dan adalah sukar untuk membayangkan bagaimana sebahagiannya pernah mendapat tempat di dalam sukan di peringkat antarabangsa ini.

Kami kongsikan beberapa fakta pelik dan sukan-sukan yang tidak lagi dipertandingkan dalam temasya sukan terbesar dunia ini.

1. Skijoring

Skijoring

Suatu gabungan hebat antara ski air, menunggang kuda dan gelongsor anjing, skijoring memerlukan pesaing berdiri di atas papan ski meredah salji dengan kuda.

Sukan ini tidak pernah memenangi sebarang pingat, tetapi ia merupakan demonstrasi pada Sukan Musim Sejuk di St. Moritz tahun 1928 di Switzerland, yang mana Olimpik Musim Sejuk pertama kali tidak diadakan sempena Sukan Musim Panas.

2. Lumba kereta luncur anjing

Lumba kereta luncur anjing

Seperti skijoring, lumba kereta luncur anjing hanya pernah membuat kemunculan pertamanya di Olimpik Musim Sejuk, juga sebagai sukan demonstrasi.

Pada tahun 1932 bertempat di Tasik Placid, tujuh atlet Amerika dan lima atlet Kanada bersama 6 ekor anjing masing-masing berlari sehingga 25.1 batu.

3. Menembak Burung Merpati

Menembak Burung Merpati

Diperkenalkan sekali pada tahun 1900 di Olimpik Paris, penembak diminta menembak burung merpati hidup-hidup sebanyak yang boleh dan akan tersingkir sekiranya tembakan tidak mengena sebanyak dua kali.

Pemengan tunggal acara ini adalah seorang penembak dari Belgium, Leon de Lunden, yang menembak jatuh 21 ekor burung merpati. Acara ini tidak lagi diteruskan.

4. Tarik Tali

Tarik Tali

Merupakan pertandingan wajib di awal Sukan Olimpik moden, tarik tali membuat persembahannya lima tahun berturut-turut dari tahun 1900-1920.

Setiap pasukan mempunyai lapan ahli dan setiap negara boleh memasukkan penyertaan lebih dari satu pasukan, yang mana Amerika menguasai pingat emas, perak dan gangsa pada tahun 1904 di Sukan St. Louis.

Untuk versi Olimpik moden, ada dua pasukan dengan lapan ahli, di mana pasukan yang berjaya menarik lawan pada jarak enam kaki dikira menang.

Sekiranya tiada pasukan yang berjaya selepas lima minit, pasukan yang menarik pada jarak terjauh diisytiharkan sebagai pemenang.

5. Renang Berhalangan

Renang Berhalangan

Memandangkan sukan ini menjadi kelaziman seperti Tough Mudder dan Spartan Race, ianya hampir pasti dikekalkan dalam program Olimpik yang sebenar.

Acara ini diadakan sekali pada tahun 1900 Sukan Paris, dimana perenang perlu berenang sejauh 200m dalam Sungai Seine dan memerlukan perenang memanjat tiang, berenang merentasi barisan bot dan berenang di bawah satu lagi deretan bot.

Perenang Australia, Frederick Lane memenangi acara tersebut dengan 2 minit 38 saat.

6. Polo

Polo

Merupakan sukan kegemaran, polo adalah acara yang termasuk dalam Sukan Olimpik sebanyak lima kali, 1900, 1908, 1920, 1924 dan 1936.

7. Motorboat

Motorboat

Motorboating hanya membuat kemunculan sekali sahaja selepas berlakunya malapetaka ketika pertandingan pada tahun 1908.

Pertandingan yang mempunyai tiga kategori dan sembilan perlumbaan berjadual, tetapi akibat cuaca yang tidak menentu, hanya tiga perlumbaan sahaja yang diadakan. Sebab utama adalah kerana angin kuat ketika acara tersebut.

8. Penthalon Musim Sejuk

Penthalon Musim Sejuk

Sukan yang dipanggil Biathlon pada hari ini merupakan sukan yang menarik, di mana atlet perlu mempunya dua kemahiran berbeza, ski merentas desa dan menembak.

Namun, isu mula timbul pada tahun 1948 di St. Moritz apabila penthalon diperlihatkan sebagai sukan demonstrasi.

Sama seperti penthalon moden Sukan Olimpik Musim Panas (berlari, berenang, lawan pedang, ekuestrian dan menembak), acara ini menyediakan pelbagai jenis pertandingan termasuk ski menuruni bukit, ski merentas desa, menembak, lawan pedang dan menunggang kuda.

Atlet-atlet Sweden mengungguli acara ini dengan menyapu bersih kesemua pingat.

9. Basque Pelota

Basque Pelota

Basque Pelota secara teknikalnya dimainkan bersama bola, sama seperti menggunakan raket, bat ping pong atau hanya dengan tangan sendiri.

Sukan ini membuat kemunculan sulungnya pada Sukan Musim Panas di Paris pada tahun 1900, menyaksikan perlawanan antara Sepanyol dan Perancis, yang mana pasukan Sepanyol memenangi perlawanan tersebut. Berapa skor yang diperolehi tidak pula diketahui.

10. Lacrosse

Lacrosse

Sukan Lacrosse dua kali dipertandingkan di pentas Olimpik iaitu pada tahun 1904 dan 1908. Edisi pertama menyaksikan pasukan Kanada dan Amerika dalam satu skuad, sementara skuad kedua merupakan sebahagian dari pasukan Kanada bergabung dengan pasukan Britain.

11. Besbol

Besbol

Sukan kegemaran warga Amerika ini hanya muncul pada tahun 1992, 1996, 2000, 2004 dan 2008 Sukan Musim Panas Olimpik.

Untuk acara ini, Amerika membawa pulang pingat yang mana salah satunya adalah pingat emas.

Sementara itu, Persekutuan Besbol Antarabangsa sedang berusaha untuk memastikan sukan ini dimasukkan dalam Tokyo Games 2020.

12. Softball

Softball

Seperti besbol, sofbol juga pernah membuat kemunculan di Sukan Olimpik pada tahun 1996-2008. Acara ini didominasi sepenuhnya oleh pasukan wanita Amerika, yang membawa pulang pingat emas di Atlanta, Sydney, Athens dan pingat perak di Beijing.

13. Tandem Berbasikal

Tandem Berbasikal

Merupakan acara yang bertahan lama dalam Sukan Olimpik, acara tandem berbasikal 2000m ini muncul semula pada tahun 1920-1972.

Namun begitu, acara ini kini hanya menjadi sebahagian dari program Sukan Paralimpik.

14. Kabaddi (1936)

Kabaddi (1936)

Acara gusti individu melawan sepasukan ini popular di Asia Selatan. Objeknya ialah untuk salah seorang ahli pasukan memasuki separuh gelanggang yang merupakan hak lawan, dan mendapat mata dengan menggusti ahli-ahli pasukan lawan. Ahli pasukan kemudiannya kembali ke gelanggang sendiri.

15. Lumba Basikal 12 Jam (1896)

Lumba Basikal 12 Jam

Mungkin acara ini agak melampau dari segi keupayaan peserta, apabila tujuh orang pelumba basikal menyertai perlumbaan dari jam lima pagi sehingga lima petang.

Empat peserta terjatuh sebelum waktu tengahari, tetapi pemenangnya, Adolf Schmal dari Austria, berjaya berbasikal sejauh 180 batu.

Hanya Schmal dan seorang lagi pesaing berjaya menghabiskan perlumbaan, dengan kelebihan satu pusingan.

16. Panjat Tali

Panjat Tali

Dalam acara ini, peserta memanjat tali yang diikat tegak, menggunakan tangan sahaja.

17. Lawan Pistol (1906 dan 1912)

Lawan Pistol

Anda tahu tentang polis yang menembak sasaran yang bergerak untuk meningkatkan kemahiran menembak mereka? Acara ini sebiji macam yang itu.

Dalam acara ini, peserta perlu menembak patung-patung bergerak dengan yang mempunyai symbol bull’s eye di dada.

18. La Canne (1924)

La Canne

Ini ialah sejenis seni mempertahankan diri yang hamper serupa dengan lawan pedang, bezanya ianya menggunakan tongkat.

19. Hoki Beroda (1992)

Hoki Beroda

Sama seperti hoki ais, hoki jenis ini dimainkan atas gelanggang yang mempunyai permukaan kering, menggunakan kasut roda. Acara ini bagaimanapun hanyalah sukan demontrasi dan Argentina telah memenangi emas mengalahkan Sepanyol di peringkat akhir.

20. Kelab Menghayun (1932)

Kelab Menghayun

Seperti gimnastik berirama yang menggunakan pin bowling, acara ini memerlukan peserta menghayunkan kayu dalam corak tertentu.

Fakta Pelik Sukan Olimpik

1. Pingat emas di Sukan Olimpik tidak diperbuat daripada seratus peratus emas. Di Olimpik Rio contohnya, pingat emas terdiri daripada campuran 92.5 peratus perak, 6.16 tembaga dan hanya 1 peratus emas. Harganya dianggarkan bernilai AS$600 atau kira-kira RM2,400.

2. Sukan Olimpik tahun 1912 di Stockholm, Sweden mempunyai satu kategori untuk kesusasteraan. Kategori itu dimenangi oleh Georges Hohrod and M. Eschbach dari Jerman, menerusi satu nukilan sajak berjudul 'Ode to Sport'.

3. Johnny Weismuller, perenang Amerika Syarikat dan pemenang lima pingat emas Olimpik, juga merupakan pelakon yang dikenali dengan watak Tarzan. Dia memegang watak ikonik itu dalam 12 buah filem Tarzan.

4. Nama Margaret Abbott tercatat sebagai wanita pertama yang memenangi pingat emas Olimpik Perancis pada tahun 1900, menerusi acara golf. Namun percayakah anda, Abbott memenanginya secara tidak sengaja? Ceritanya bermula apabila Abbott yang ketika itu berkunjung ke Paris, mengambil keputusan untuk menyertai satu pertandingan golf yang disangkanya pertandingan golf biasa. Hanya selepas pulang ke Amerika Syarikat, Abbott diberitahu pingat yang dimenanginya adalah dari Sukan Olimpik.

5. Usia pemain bola sepak yang bertanding di Olimpik adalah 23 tahun ke bawah. Ini bertujuan untuk membezakan bola sepak di Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

BACA INI JUGA: Mati Akibat Kemalangan Dengan Cara Yang Sangat Pelik

Sumber: Hanimhashim/Astroawani/Amazingnara



Kredit kepada SentiasaPanas

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.