Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Petronas tidak harus ditentukan ahli politik untuk agenda politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Petronas tidak harus ditentukan ahli politik untuk agenda politik

KUCHING: Isu pembubaran pekerja Petronas merupakan langkah penyusunan atau penstrukturan semula badan itu adalah perkara biasa bagi sebuah syarikat swasta.
Isu ini sewajarnya tidak perlu dipolitikkan, bahkan wajar dilihat daripada sudut kedua-dua pihak demi kebaikan semua.

Pengerusi Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahagian Sarawak, Ibrahim Hamid berkata, “Saya secara peribadi berasakan ia perlu dilihat untuk kedua-dua pihak.
“Kita mungkin boleh memberi keutamaan kepada rakyat Sarawak, tetapi diberi jawatan di tempat lain.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) MTUC bahagian Sarawak 2016 oleh Setiausaha Agung MTUC N Gopal Kishnam di Kuching pada Sabtu, Ibrahim berkata, bagi sesetengah jawatan, kepakaran orang dari tempat lain sukar dinafikan.

“Jika kita memerlukan kepakaran dari luar, kita perlu meletak mereka di sana, sekali gus pastinya menarik pelaburan ke negeri ini,” katanya.

Dalam ucapannya sebelum ini Ibrahim menuding bahawa usaha menyelamatkan 13 pekerja yang diberhentikan digembar-gembur oleh pihak tertentu

“Bagi saya, jika kita mahu mengutamakan rakyat Sarawak untuk bekerja dalam Petronas, mereka harus diberi keutamaan dalam penempatan dalam sektor minyak yang ada,” katanya.

Manakala, MTUC Sarawak dalam kenyataan yang diedarkan pada TDC berkenaan menganggap pengumuman serta-merta Kerajaan Negeri membeku permit kerja kepada bukan rakyat Sarawak merupakan tindakan yang begitu pantas.

Bagi kesatuan, tindakan serta-merta itu menjadi tidak produktif dan tidak menggalakkan pelaburan syarikat asing ke Sarawak.

“Kami percaya dengan keutamaan perlu diberikan kepada penduduk tempatan, ia tidak boleh diguna sebagai lesen untuk pekerja tempatan tidak bernasib baik.

MTUC menganggap peluang pekerjaan hendaklah berasaskan kepada kecekapan, bukan berdasarkan sama ada mereka dari Sarawak atau Semenanjung.

Kenyataan MTUC itu menegaskan, politik tidak perlu terlibat dalam langkah pengambilan atau pemberhentian pekerja.

Isu ini dan ia tidak harus ditentukan oleh ahli politik untuk agenda politik semata-mata. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.