Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hina Islam: Namewee ditahan di KLIA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hina Islam: Namewee ditahan di KLIA

GEORGE TOWN: Penyanyi dan pengarah tempatan, Namewee yang klip video lagunya menjadi viral kerana didakwa menghina Islam ditahan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 33, ditahan kira-kira jam 3.30 petang bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Lelaki itu ditahan di KLIA dan akan dibawa ke Pulau Pinang bagi membantu siasatan kes berkenaan. Dia akan direman pagi esok,” katanya hari ini.

Klip video memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral dan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan klip video itu. -Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.