Kanak-kanak 6 tahun dibunuh dengan botol pecah, cuba halang lelaki rogol ibunya
CAPE TOWN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mati setelah berusaha mencuba untuk menghentikan seorang lelaki yang hendak memperkosa ibunya.
Kutlwano Garesape, kanak-kanak malang itu ditikam dengan pecahan botol oleh si pemerkosa.
Pada hari nahas itu, ibunya, Segomotso Garesape, menghantar dua orang anaknya, Thabiso dan Kutlwano ke sekolah dengan berjalan kaki ke kawasan Northen Cape, Afrika Selatan. Mereka tertinggal bus yang biasa ditumpangi ke sekolah.
Mendekati sekolah, seorang lelaki mendadak muncul dan mengugut Segomotso seraya meminta uang.
Berang dengan lelaki itu, Kutlwano pun menampar dan menendangnya sambil berteriak: “Lepaskan ibu saya, itu ibu saya.”
Thabiso ketakutan tetapi Kutlwano berusaha untuk membela ibunya. “Saya dapat merasakan bahawa orang itu menarik seluar saya dengan tangannya yang lain dan menyedari bahawa dia ingin memperkosa saya di depan anak-anak saya,” kata Segomotso, seperti yang disiarkan Independent.
Penyerang yang tidak disebutkan namanya itu yang berasa terganggu oleh Kutlwano kemudian ditendang oleh Segomotso. Lelaki itu kemudian melepaskan kemarahannya pada Kutlwano.
Saat Segomotso dan Thabiso berlari untuk mencari bantuan, lelaki itu lantas mencekik dan menusuknya dengan pecahan botol. Setelah melakukan tindakan sadisnya, penyerang itu kemudian lari dan meninggalkan tubuh Kutlwano yang sudah tidak bernyawa di landasan kereta api di dekatnya.
“Saya mendengar anak saya menangis meminta tolong, namun saya hanya dapat melihat dia berusaha membela diri dengan tangannya. Lelaki itu terus saja menusuk,” kata Segomotso.
Segemotso mengaku bahawa dia tidak bisa berbuat apa-apa. Dia kemudian mencuba untuk mencari bantuan daripada orang di sekitar tempat kejadian, namun tidak dipeduli. Baru setelah lelaki itu melarikan diri, dia mendekati anaknya yang telah tergeletak bersimbah darah dan mendapati bahwa Kutlwano sudah meninggal.
Seorang jurucakap polis setempat, Kapten Olebogeng Tawana, mengatakan bahawa suspek ialah seorang lelaki berusia 32 tahun. Suspek telah ditangkap dan dibawa ke pengadilan serta didakwa oleh hakim dengan pasal pembunuhan terhadap anak. – Sarawakvoice.com
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment