Hi! Welcome Back and Stay Tune! Derita hidup ibu tunggal 6 anak di Miri perlu simpati semua - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Derita hidup ibu tunggal 6 anak di Miri perlu simpati semua

MIRI: Tinggal menyewa sebuah rumah usang dan menyara enam anak yang berusia tujuh hingga 18 tahun sejak pemergian suami pada tiga tahun lalu bukan tugas mudah bagi Butet Ahmad.

Tetapi itulah rutin kehidupan yang terpaksa ditempuhinya, dengan punca pendapatan bergantung kepada hasil jualan ikan serta menghantar barang jualan ke pasar.

“Pendapatan ini memang tidak cukup untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak dan keperluan harian mereka,” kata Pesuruhjaya PAS Negeri, Jofri Jeraie kepada sarawakvoice.com selepas mengadakan kunjungan ke kediaman keluarga berkenaan di Kampung Pujut Padang Kerbau dekat sini.

Hati tabah Butet sebagai ibu tunggal begitu dikagumi kerana dalam keadaan yang sesukar mana pun, beliau pastikan perut anak-anaknya tetap diisi.

“Kini dua daripada enam anaknya tidak lagi bersekolah. Anak sulungnya yang juga lepasan sekolah menengah terpaksa bekerja di kedai kasut untuk membantu menyara kehidupan mereka sekeluarga.

“Manakala anaknya yang berumur tujuh tahun tidak bersekolah kerana menghadapi masalah dengan pendaftaran kelahiran,” kata Jofri.

Walau bagaimanaun, anaka-anak Butet yang lain tidak berhadapan masalah pendaftaran kelahiran.

“Kes anak Butet kini masih dalam proses untuk mendapatkan semula kerakyatan setelah bapanya telah meninggal tiga tahun lalu.

“Bapanya merupakan rakyat Malaysia dan sepatutnya anaknya secara automatik diiktiraf sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu kata Jofri, pihaknya menggesa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Baitulmal Sarawak membantu keluarga ini, termasuk memberi bantuan bulanan, terutama kepada anak-anaknya yang masih bersekolah.

“Mereka juga ada hak untuk diberi bantuan sebab arawah bapa mereka, Mansur Japal adalah warganegara Malaysia.”

Pihak yang berwajib perlu memberi perhatian akan nasib yang menimpa anak-anak yatim ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik lagi biarpun sudah kehilangan tempat bergantung, kata Joffri.

Keluarga ini katanya, amat perlu kepada tempat tinggal yang tetap kerana mereka boleh disuruh keluar dari rumah sewa sekiranya gagal melunaskan sewaan.

“Pihak kami mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab boleh berkunjung ke kediaman Butet untuk mendapatkan maklumat lanjut akan nasib mereka,” katanya lagi. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.