Bekas Menteri hilang kerakyatan, kini tanpa negara
JAKARTA: Arcandra Tahar, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Indonesia, tidak menyangka dia hanya menjadi menteri untuk tempoh kurang sebulan.
Beliau yang dilantik pada 27 Julai lalu oleh Presiden Joko Widodo dipecat daripada kabinet Isnin lalu.
Ini susulan pendedahan oleh media Indonesia tentang status dwikerakyatan beliau dua minggu lalu.
Arcandra dipecat selepas pendedahan turut memegang pasport Amerika Syarikat (AS).
Indonesia melarang rakyatnya memegang dua kerakyatan.
Lebih malang, kini Arcandra tiada kerakyatan.
Undang-undang Amerika melarang rakyatnya memegang jawatan awam atau politik di negara lain.
Freddy Haris, pengarah pentadbiran undang-undang Kementerian Perundangan, sebagaimana dipetik agensi berita Antara berkata, Arcandra secara automatik bakal ditarik balik pasport Indonesia ekoran pendedahan itu.
Bukan mudah bagi Arcandra untuk mendapatkan balik kewarganegaraannya kini perlu melalui proses memohon semula kewarganegaraan asalnya meskipun difahamkan kelonggaran diberikan kepada mereka yang pernah berbakti kepada negara.
Kini, Jokowi sedang mencari giat mencari pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Arcandra. – Sarawakvoice.com
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment