Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan sampai anak Sarawak mengemis untuk bekerja dengan Petronas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan sampai anak Sarawak mengemis untuk bekerja dengan Petronas

Banyak pihak yang menyokong tindakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem membekukan permit kerja bagi pekerja Petronas dari luar Sarawak (baca Semenanjung).

Ini termasuk Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS) dan Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia (PBTLDM) Negeri Sarawak.

Presiden PVTMS Thomas Ling seperti yang dilaporkan akhbar  berkata, pihaknya menyokong tindakan itu sekiranya syarikat petroleum negara itu memberhentikan anak-anak Sarawak yang menjadi kakitangan syarikat itu dan menggantikan dengan petugas-petugas dari luar Sarawak.

Ya, mengapakah terdapat sentimen yang kuat menyokong pendirian Adenan? Adakah benar Petronas bersikap tidak adil terhadap anak Sarawak selama ini?

Benarkah anak Sarawak dilayan sebagai pekerja kelas dua? Betulkan kebanyakan pekerjaan dibolot pekerja dari Semenanjung?

Bagaimana dengan projek berkaitan dengan gas dan minyak? Sebaik-baiknya nilai projek yang diberi kepada syarikat yang berpangkalan di Sarawak perlu munasabah. Jangan sampai mereka mengemis untuk mendapatkan projek berkenaan.

Sepatutnya Petronas memberi peluang dan keutamaan kepada anak-anak Sarawak bekerja di syarikat tersebut memandangkan gas petroleum diusahakan oleh Petronas ialah hasil sumber asli negeri ini.

Lagipun, anak Sarawak bukannya tidak mampu melaksanakannya. Bukan sedikit yang mahir, berpengalaman dan berketerampilan dalam bidang minyak dan gas, termasuk mereka yang diberhentikan oleh Syarikat Shell?

Sementara kita bercakap tentang Petronas, bagaimana pula dengan Syarikat Shell? Adakah peluang turut diberi kepada anak Sarawak, termasuk bumiputera? Atau berlaku ketidakseimbangan?

Sebelum ini, PVTMS dan PBTLDM menzahirkan  rasa kecewa dengan ketidakadilan tindakan Petronas memberhentikan pekerja-pekerja anak Sarawak ekoran penstrukturan semula syarikat tersebut.

Berapakah jumlah disalurkan kepada Sarawak dalam tempoh 10 tahun lalu daripada berbilion-bilion yang diraih oleh Petronas daripada hasil minyak daripada bumi Sarawak?

Justeru, permintaan untuk meningkatkan kadar royalti adalah wajar. Kalaupun tidak dapat memenuhi 20 peratus, syarikat minyak nasional itu perlu mempertimbangkannya juga.

Permintaan supaya peluang pekerjaan diberi kepada anak Sarawak juga munasabah. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.