Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jerebu: Penyelesaian diplomatik dengan Indonesia tidak berkesan, kata DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jerebu: Penyelesaian diplomatik dengan Indonesia tidak berkesan, kata DAP

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata penyelesaian secara diplomatik dengan kerajaan Indonesia bagi menangani masalah jerebu selama ini tidak menunjukkan sebarang  kesan, malah jerebu berterusan hingga ke hari ini.

Justeru, bagi menangani masalah jerebu, beliau mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang merentasi sempadan bagi membolehkannya mengambil tindakan terhadap syarikat yang terbabit dengan pembakaran terbuka di Indonesia.

Ia berikutan kegagalan ASEAN memantau kaedah pembakaran terbuka oleh petani di kepulauan Borneo dan Sumatera memandangkan badan itu cuba untuk tidak mengkritik mana-mana syarikat atau negara yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut Charles, bukan hanya syarikat Indonesia yang menggunakan kaedah tersebut, tetapi syarikat dari Malaysia dan Singapura.

“Oleh itu, kita mesti menggubal Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan seperti yang dilaksanakan di Singapura agar semua syarikat Malaysia yang terlibat dapat dikenakan tindakan dan perkara sama tidak berulang lagi,” tegasnya lagi.

Masalah jerebu yang berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia menimbulkan banyak kesan kepada negara jiran tetangganya, termasuk  dari segi kesihatan dan ekonomi.

“Tindakan kedua-dua pihak cuba untuk menjaga sensitiviti masing-masing akhirnya menyebabkan masalah jerebu semakin teruk,” ujarnya merujuk kepada kerjasama antara Malaysia dengan Indonesia. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.