Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib disamakan dengan Nelson Mandela - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib disamakan dengan Nelson Mandela

PUTRAJAYA: Sifat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan kepentingan negara melebihi pertimbangan peribadi mendapat pujian daripada para perwakilan persidangan dwitahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2016.

Malah, ketua pengarah Institut Pentadbiran Awam dan Pengurusan Lesotho Dr John Dzimba yang membuat pemerhatian yang teliti terhadap kepemimpinan Najib menyamakannya dengan ikon Afrika Selatan, Nelson Mandela.

Dzimba berkata Najib adalah seorang pemimpin yang banyak menjalin hubungan dan bukan memisahkan negara.

“Inilah jenis kepimpinan yang kita perlu lihat dalam era ini,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis perasmian CAPAM di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Dzimba yang mendengar dengan penuh teliti ucapan pembukaan Najib berkata: “Secara jujur, saya rasa ini satu daripada ucapan patriotik yang pernah saya dengar daripada orang muda. Ucapannya datang terus daripada hatinya dan beliau bukan setakat cuba untuk berada di atas pentas malah dialah orangnya yang benar-benar percaya dengan apa yang dikatakan dan dilakukannya.”

Beliau melahirkan rasa kagum terhadap kekuatan utama Malaysia iaitu kestabilan dan penglibatan kerajaan dengan golongan belia dan berharap Najib akan terus menerajui Malaysia untuk tahun-tahun yang akan datang.

Ketua Pengarah di Jabatan Transformasi Umum, Kreativiti dan Inovasi Lagos, Nigeria, Toba Otusanya berkata ucapan Najib penuh dengan inspirasi yang merupakan petanda tentang bagaimana Malaysia benar-benar berubah menjadi satu daripada yang terbaik di dunia.

Beliau berkata Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Malaysia adalah satu contoh baik tentang cara baharu untuk berfikir dan menangani masalah, yang perlu dicontohi negara-negara lain.

Pengarah Pentadbiran di Pejabat Presiden Kenya, Rogers Abok Hadao berkata beliau percaya banyak negara lain ingin mempelajari pendekatan Malaysia untuk manfaat rakyat mereka.

“Sebab utama kenapa sesetengah daripada kami datang ke Malaysia adalah untuk melihat apa yang dilakukan Malaysia setakat ini dalam program pembangunannya. Anda boleh lihat infrastukrtur dan kemudahan yang ada. Anda lihat kepada amalan dalam soal pembaharuan di dalam sektor awam, perkhidmatan awam dan ekonomi,” katanya.

Timbalan Ketua Pejabat Perdagangan Rusia di Malaysia, Sergei Zhurbin yang mmenjadi temau persidangan itu berkata Malaysia telah membuat pencapaian yang besar dalam melancarkan pelbagai program inovasi.

Ketua Pegawai Eksekutif CAPAM Gay Hamilton berkata pertubuhan itu menghargai usaha Najib dalam mencantumkan dua tema persidangan CAPAM tahun ini dalam ucapannya.

Beliau berkata Najib menyentuh tema tahun ini ‘Inovasi: Kepentingan Dalam Pentadbiran Awam’ dan tema 2014 ‘Transformasi Perkhidmatan Awam: Satu Perbualan Baharu’ yang relevan bagi pentadbiran awam.

Malaysia sebelum ini menjadi tuan rumah persidangan CAPAM pada 2014 dan 1998.– BERNAMA



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.