Mahathir dedahkan rahsia lama tentang Musa, Tengku Razaleigh
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan wujud konspirasi didalangi beberapa pemimpin Umno ketika pada tahun 1980-an untuk menjatuhkan Musa.
Sebaliknya, menurut Mahathir, Musa Hitam yang menjadi timbalannya dari 1981 hingga 1986, hampa kerana Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinetnya.
“Tetapi dia kecewa apabila saya kekalkan Tengku Razaleigh sebagai Menteri Kewangan dalam kabinet saya. Dia membayangkan saya sepatutnya menggugurkan terus Tengku Razaleigh. Saya tak boleh lakukan demikian, kerana saya boleh kehilangan penyokong Tengku Razaleigh,” kata Mahathir.
Penyokong Musa menamakan kerajaan ketika itu sebagai kerajaan 2M.
“Saya tidak membantah walaupun ia bukan sesuatu yang biasa. Para penyokongnya juga berasa saya sepatutnya menjadi Perdana Menteri untuk tempoh selama tempoh pemerintahan Tun Razak dan Tun Hussein. Tetapi saya tiada tanda mahu berundur,” ujar Mahathir.
Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.
Dr Mahathir mengulas dakwaan Musa dalam memoirnya “Frankly Speaking” yang baru dilancarkan minggu lalu, yang mendedahkan bagaimana beliau terpaksa meletak jawatan setelah mendapat tahu Mahathir terpengaruh oleh hasutan Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid.
Berdasarkan huruf pertama nama pemimpin terbabit, mereka diberi gelaran sebagai kumpulan “AIDS”.
“Berterus terang tidak semestinya bercakap benar,” kata Mahathir dalam catatan terbaharu blognya.
“Dan apabila bercakap tentang perkara yang berlaku 30-40 tahun lalu, ketepatan kejadian dan perbualan dipengaruhi oleh situasi semasa,” katanya.
“Frankly Speaking seeks to blame me for everything that happened in UMNO and the Government over all these years. Musa naturally does not blame himself for anything. He is as innocent as a newborn child. Which explains why he is so popular,” kata Mahathir.
Musa dalam memoirnya itu, menuduh Anwar, Daim dan Sanusi sebagai dalang di sebalik konspirasi yang menuduh beliau mahu menjatuhkan Mahathir.
Mahathir berkata sebab utama Musa berundur adalah kerana kecewa seteru politiknya Razaleigh tidak dipinggirkan dalam Kabinet meskipun tewas dengan Musa bagi jawatan timbalan presiden Umno.
Mahathir berkata Musa pernah berjumpa dengannya memohon sokongan, tetapi beliau memutuskan untuk bersikap berkecuali kerana sesiapa yang menang akan menjadi timbalannya.
“Saya bersedia bersumpah menggunakan al-Quran yang dia lakukannya,” kata Dr Mahathir.
Tidak lama selepas itu, Mahathir menghadapi tentangan sengit daripada Razaleigh. Mahathir hanya menang 43 undi.
Perlawanan sengit itu menyebabkan berlakunya perpecahan dalam Umno, dan Razaleigh kemudiannya menubuhkan Semangat 46.
Mahathir turut mempertikaikan dakwaan bahawa beliau seorang yang menuntut kesetiaan mutlak. – Sarawakvoice.com
Kredit : SarawakVoice.com
Post a Comment