Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jerebu rentas sempadan landa Sarawak Barat, 15 titik panas dikesan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jerebu rentas sempadan landa Sarawak Barat, 15 titik panas dikesan

KUCHING: Kawasan Sarawak Barat akan terus berhadapan situasi berjerebu, yang berpunca daripada jerebu rentas sempadan, dan peningkatan titik panas di Kalimantan Barat.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan maklumat Pusat Pakar Meterologi Asean pada 18 Ogos,  bilangan titik di Sumatera kini dikesan di tujuh lokasi dan di Kalimantan meningkat kepada 183 lokasi, berbanding 177 pada 17 Ogos .

“Situasi domestik pula menyaksikan sebanyak 15 titik merah dikesan di negeri Sarawak.

“Antara lokasi titik panas ini termasuklah satu lokasi di Limbang, Miri (2), Bintulu (1), Kapit (2), Sibu (4), Sarikei (1) dan Sri Aman (4).

Kawasan-kawasan titik panas ini kata Wan Junaidi lagi, sedang disiasat dan akan diambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya.

Sementara itu, sehingga 18 Ogos lalu, sebanyak 2,230 kes kebakaran terbuka telah dilaporkan di seluruh negara.

“Ini termasuklah 292 kes kebakaran hutan, 513 belukar dan 48 kebakaran di tapak pembinaan.

“Sebanyak 68 kes kebakaran di tapak pelupusan turut dicatatkan, selain 15 kes kebakaran industri, 578 kes kebakaran melibatkan kawasan pertanian dan 716 lain-lain.

Jelasnya, daripada jumlah tersebut, 207 kompaun telah dikeluarkan, 21 surat dan 29 notis arahan telah diserahkan kepada individu pesalah.

Sebanyak 15 kes pula kini sedang dalam rangka tindakan untuk dituduh di mahkamah, tambahnya. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.