Hi! Welcome Back and Stay Tune! Petronas nafi guna jeti Kampung Pulau Melayu untuk seludup pekerja tanpa permit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Petronas nafi guna jeti Kampung Pulau Melayu untuk seludup pekerja tanpa permit

MIRI: Syarikat minyak dan gas utama negara, Petronas hari ini menafikan pihaknya menggunakan pekerja yang tidak memiliki permit, dan menggunakan jeti Kampung Pulau Melayu dekat sini untuk mengelakkan pemeriksaan imigresen sebelum menyeludup kakitangannya ke platform di tengah laut.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, syarikat itu berkata, pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya melanggar pusat-pusat pemeriksaan imigresen apabila menghantar kakitangannya bertugas di fasiliti syarikat itu di luar pesisir.

” Tuduhan oleh pengguna laman sosial yang kemudian dilaporkan oleh media tempatan bahawa syarikat tersebut telah memindahkan operasi penghantaran petugasnya dari Pelabuhan Bintulu ke jeti Kampung Pulau Melayu untuk mengelakkan pemeriksaan imigresen adalah tidak tepat.”

Katanya, perjalanan menggunakan bot dari Miri ke platform D35 dan Temana di pesisir luar Bintulu akan mengambil masa enam jam perjalanan dan ia amat meletihkan.

” Oleh itu, pihak kita telah menetapkan bahawa penghantaran para petugas ke platform D35 adalah melalui helikopter dari Lapangan Terbang Miri manakala penghantaran kakitangan ke Temana adalah dengan menggunakan bot melalui Pelabuhan Bintulu.

Pada masa yang sama katanya, jeti Kampung Pulau Melayu sebenarnya digunakan untuk menghantar kakitangan yang akan bertugas di fasiliti Operasi Lembangan Baram (BDO) yang terletak dalam kawasan perairan Miri.

” Seramai 97 peratus daripada 550 petugas pesisir laut Petronas adalah rakyat Sarawak dan mereka tidak memerlukan permit untuk bekerja di negeri ini,” tegas kenyataan itu lagi.

Petronas berkata, proses penghantaran petugasnya ke kemudahan pesisir laut dilaksanakan dengan penuh berhati-hati dan mengikut ketat akan undang-undang dan peraturan sesebuah negeri, terutamanya di negeri Sarawak, yang merupakan antara negeri pelaburan utamanya.

Kerana itulah pihak Petronas akan bertindak secara lebih bertanggungjawab, akur dengan arahan kerajaan, apatah lagi dengan pelaksanaan arahan moratorium untuk membekukan permit baharu pekerja Petronas dari luar Sarawak yang sedang dilaksanakan.

Setakat ini, lebih 90 permit kerja warga Petronas yang berasal dari luar Sarawak telah diletak dalam senarai tunggu oleh Jabatan Imigresen negeri.

Sebagai sebuah entiti perniagaan dan majikan yang bertanggungjawab, kata kenyataan itu lagi, Petronas telah mengambil pendekatan menyeluruh untuk memastikan kebajikan dan kelayakan kerja kakitangannya diurus dengan cekap, bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas secara lebih cekap dan berkesan. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.