Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahathir tidak kisah dipanggil tok bomoh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahathir tidak kisah dipanggil tok bomoh

KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam  dalam memoirnya menyifatkan Tun Dr Mahathir  Mohamad sebagai individu yang suka mempersenda, dengan memberi nama julukan yang tidak sopan kepada orang lain.

Sebagai reaksi terhadap tulisan Musa itu, Tan Sri Sanusi Junid dan Mahathir telah memberi reaksi yang menarik.

Atas dakwaan Musa itu, Mahathir sama sekali tidak menafikan kegemaran beliau memberi nama julukan yang kurang enak kepada anggota kabinetnya ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Musa menjadi timbalan beliau dari 1981 hingga 1986.

Musa dalam memoir itu mendedahkan beliau meletakkan jawatan kerana Mahathir menuduhnya mahu menjadi Perdana Menteri.

Terkenal dengan sikap sarkastiknya, Mahathir berkata, beliau tidak kisah jika  turut diberi nama julukan.

Dalam memoir itu, Musa contohnya menyatakan bagaimana seorang menteri telah diberi nama julukan “Mat Bulat” oleh Mahathir, sementara menteri lain merujuk Mahathir sebagai “Tok Bomoh”.

Dalam catatan terbaharu blognya, Mahathir mendedahkan menteri yang beliau panggil sebagai “Mat Bulat” ialah Mohamed Rahmat, yang menjadi menteri penerangan dari 1987 hingga 1999.

“Ya, memang saya panggil Mohamed Rahmat ‘Mat Bulat’,” kata Mahathir.

“Saya tak kisah orang panggil saya bomoh. Saya fikir ia rujukan yang mesra terhadap profesion saya,” katanya bagai mempertahankan tabiatnya itu.

Mahathir merupakan seorang doktor di Alor Star sebelum terbabit dalam bidang politik.

Mahathir  turut mengambil kesempatan untuk membidas dan memperli Musa dalam catatan itu.

Kata Mahathir, dalam bukunya itu,  Musa kelihatan mahu mempersalahkan beliau terhadap setiap kesalahan yang berlaku dalam Umno dan kerajaan.

“Musa naturally does not blame himself for anything. He is as innocent as a newborn child. Which explains why he is so popular,” kata Mahathir. – Sarawakvoice.com

 



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.