Hi! Welcome Back and Stay Tune! 100,000 belum dapat kerakyatan: Jangan tunduk kepada tuntutan Hua Zong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

100,000 belum dapat kerakyatan: Jangan tunduk kepada tuntutan Hua Zong

KUALA LUMPUR: Wira Perkasa Malaysia membantah tindakan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) menuntut kerakyatan bagi 100,000 individu yang masih belum mendapat kerakyatan disebabkan belum memenuhi syarat dari segi perlembagaan.

Ketua Wira Perkasa Malaysia,  Irwan Fahmi Ideris menyeru semua rakyat Malaysia agar membaca dan memahami perkara yang termaktub dalam perlembagaan kerana kesemua perkara yang termaktub itu dibuat demi menjaga kedaulatan negara Malaysia dan bukanlah menguntungkan pihak tertentu sahaja.

“Jadi jika merujuk kepada perkara yang termaktub dalam perlembagaan negara, adakah semua yang disebut telah dipatuhi? Jika tidak bagaimana kerajaan dapat meluluskan permohonan mereka. Jika ya mereka harus melalui aturan operasi standard atau SOP yang ditetapkan. Bukan hanya melepasi sebahagian perkara yang disebut sahaja dalam perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan yang disiarkan sebuah media sebelum ini presiden gabungan berkenaan Tan Sri Pheng Yin Huah menyatakan,  mereka terbabit sukar mendapat kelulusan akibat kegagalan dalam temu duga yang melibatkan pertuturan bahasa Malaysia.

Menurut Irwan Fahmi, dalam perkara ini yang paling penting ialah pengetahuan dalam bahasa Melayu.

“Jika tidak ada pengetahuan bagaimana dengan mudah mereka mendapat kerakyatan negara ini. Umum mengetahui mana-mana negara pun pasti akan mengutamakan pengetahuan dan kemahiran dalam bahasa di negara masing-masing,” ujarnya.

Jadi dalam hal ini, katanya, Yin Huah  mungkin terlepas pandang dalam perkara 16 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut keperluan mempunyai kemahiran dan pengetahuan asas bahasa Melayu.

“Apalah ertinya warganegara Malaysia tidak tahu dan mahir dalam bertutur bahasa Melayu. Bagaimana nanti kita mahu menggambarkan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa tapi tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu. Perkara ini akan memalukan negara kita,” tegasnya. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.