Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangkitan virus Zika: Rakyat Sarawak jangan  panik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangkitan virus Zika: Rakyat Sarawak jangan  panik

KUCHING: Penduduk di negeri ini dinasihati supaya tidak mudah panik dan terlalu bimbang dengan jangkitan virus Zika sehingga beranggapan tidak perlu berkunjung ke Semenjung dan negara jiran, kerana keadaan masih terkawal.

Virus Zika telah merebak di negara pulau Singapura,  dan beberapa kes telah dikesan di Semenanjung dan satu kes di Sabah setakat ini.

merdeka fitness-0001

Jumlah keseluruhan kes jangkitan Zika di Singapura ialah 215.  Jumaat lepas jumlah jangkitan baharu ialah 38 kes.

Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata wabak yang berlaku di Singapura itu dan keadaan di semenanjung, belum sampai ke tahap sehingga penduduk di negeri ini tidak perlu berkunjung ke Semenanjung.

“Kita jangan mewujudkan suasana panik kerana yang penting adalah kita menjaga keselamatan diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Merdeka Fitness (Aerodance & Zumba) anjuran bersama Biro Tatanegara (BTN) dan N7 Samariang di pekarangan Dewan Undangan Negeri Lama, Petra Jaya di sini, semalam.

Beliau, bagaimanapun, tidak mahu penduduk negeri ini tidak mempedulikan langsung mengenai jangkitan virus terbabit meskipun belum terdapat kes jangkitan virus Zika dilaporkan di negeri ini.

merdeka fitness-0000

“Kita perlu mula berhati-hati sekarang terutama wanita mengandung, malah kami akan mula memberikan program kesedaran tentang virus Zika kepada penduduk negeri ini dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri selepas ini,” ujarnya.

Virus Zika disebar melalui nyamuk Aedes yang membiak.

“Orang ramai perlu proaktif menjaga kebersihan persekitaran tempat tinggal mereka,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan berkata, Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan rapi berkaitan dakwaan terdapat tiga sekeluarga di Melaka dijangkiti virus itu sekembali dari Singapura.

Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pihaknya akan menjalankan ujian darah dan air kencing sebelum membuat pengumuman lanjut berkaitan kes terbabit.

Beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak kes jangkitan virus Zika dikesan di negara ini susulan ramai rakyat Malaysia bekerja atau berkunjung ke Singapura. – Sarawakvoice



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.