Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandelela kini bertaraf jutawan, milik kondo mewah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandelela kini bertaraf jutawan, milik kondo mewah

KUCHING: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong kini berstatus jutawan setelah mengumpul RM1.85 juta sebagai habuan kemenangan pingat perak dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio De Jeinero, Brazil.

Pandelela, 23 tahun, semalam menerima insentif sebanyak RM500 ribu daripada Kerajaan Negeri manakala RM100 ribu lagi disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta, Techninier Sdn Bhd.

Pandelela dapat RM600 ribu, sebuah kondominium-0004

Sebuah syarikat pemaju, Tenaga Stabil Sdn Bhd pula menghadiahkan sebuah kondominium bernilai RM750 ribu kepada atlet tersebut, menjadikan keseluruhan insentif yang dinikmatinya bernilai RM1.85 juta, dengan RM500 ribu lagi adalah insentif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sebelum ini.

kondo pandelela-03

Ditemui selepas pengumuman itu, Pandelela berkata beliau bersyukur dengan penghargaan yang diterima.

“Ia adalah hadiah kepada pengorbanan dan kepayahan yang dialami saya dan pasangan Cheong Jun Huoong yang terpaksa berulang alik ke China untuk latihan selain menundakan pengajian saya,” jelasnya.

Dalam satu majlis khas yang meraikannya semalam, Kerajaan Negeri Sarawak yang diwakili Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut mengumumkan persetujuan kabinet untuk menukar nama Pusat Akuatik Petra Jaya sebagai Pusat Akuatik Pandelela Rinong sebagai menghargai kecemerlangan anak Kampung Jugan, Bau itu.

“Beliau telah mencipta untuk negara dan menjadi kebanggaan kepada kita. Dan sewajarnya beliau menerima hadiah atas kejayaan itu,” kata Uggah di hadapan sekitar 300 tetamu yang hadir.

Katanya, Pandelela akan menjadi ikon belia dan role model kepada remaja Sarawak atas kejayaan itu.

“Saya berharap beliau akan menjadi motivasi kepada mereka untuk melakar kejayaan lain selepas ini,” katanya.

Pandelela akan berehat beberapa bulan selepas ini bagi memberi tumpuan kepada penyembuhan kecederaannya sebelum kembali memberi tumpuan kepada Kejohanan Terjun Asia di Tokyo pada November depan.

Sementara itu, bapa Pandelela, Pamg Joheng, 50 berkata, beliau berharap anaknya dapat menguruskan hadiah dan wang tunai yang diperolehnya sebaik mungkin.

“Perjalanannya masih jauh. Dan saya berharap beliau dapat menggunakannya dengan bijak,” katanya. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.