Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semarakkan semangat patriotisme demi survival bangsa, kata Fadilah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semarakkan semangat patriotisme demi survival bangsa, kata Fadilah

KUCHING: Masyarakat Malaysia terutama generasi muda perlu terus menyemarakkan dan mempertahankan semangat nasionalisme dan patriotisme di dalam diri mereka, dan tidak membiarkannya luntur bagi mempertahankan survival bangsa, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Untuk itu, ujar Fadilah yang juga Ahli Parlimen Petrajaya,  generasi muda perlu memahami dan menghayati sejarah sepenuhnya agar kekeliruan tidak berlaku, termasuk dari segi tarikh penting membabitkan kemerdekaan negara dan negeri agar tidak mudah dikelirukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memecahbelahkan negara demi memenuhi agenda mereka.

FBB-0000

Kenyataan beliau itu dibuat susulan tindakan pihak tertentu, termasuk pemimpin pembangkang mempertikaikan keperluan Sarawak meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.

Hakikatnya, kerajaan telah meraikan 31 ogos sebagai Hari Kebangsaan.

Bagi golongan ini Sarawak merdeka pada 21 Julai, justeru tidak perlu meraikan 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan kerana tarikh itu adalah kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu daripada penjajahan British.

“Biar saya jelaskan mengenai relevannya Sarawak turut meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos, adalah kerana Sarawak merdeka dalam Malaysia,” kata Fadillah cuba menangkis hujah pihak terbabit.

Katanya, semangat patriotisme penting bagi memberi inspirasi kepada kita supaya mempunyai jati diri kukuh.

Fadilah berharap masyarakat pelbagai etnik di negeri ini bersatu hati memperkukuh perpaduan bagi menjamin masa depan lebih cerah.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penutupan Kayuhan Patriotik Merdeka Fun Ride anjuran Biro Tatanegara dengan kerjasama Kelab Berbasikal Matang Jaya di Pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini, semalam.

FBB-0001

Lebih 800 peserta dari Kota Samarahan, Sri Aman dan Kuching mengikuti kayuhan basikal kemerdekaan sepanjang 30 kilometer.

Objektif utama program itu adalah untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia sempena Hari Merdeka, selain menggalakkan anggota masyarakat menjalani gaya hidup sihat dan cergas.

Ketika ini Sarawak merupakan satu-satu negeri di negara ini dan mungkin di dunia yang meraikan tiga tarikh berasingan berkaitan kemerdekaan, iaitu 22 Julai, 31 Ogos dan 16 September.

Tarikh 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak meskipun diwartakan sebagai hari kemerdekaan oleh kerajaan negeri baru-baru ini, manakala 16 September ialah tarikh pembentukan Malaysia meskipun pada awalnya 31 Ogos sepatutnya diisytiharkan sebagai hari pembentukan Malaysia.

Disebabkan tentangan dan ancaman daripada Filipina dan Indonesia, maka tarikh itu dianjakkan sehingga akhirnya Malaysia dibentuk, terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya, Sarawak, Sabah, dan Singapura.

Namun Singapura akhirnya dikeluarkan daripada Malaysia pada  9 Ogos 1965. – SARAWAKVOICE.COM



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.