Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mayat lelaki tanpa identiti disyaki mangsa bunuh ditemui di Batang Balui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mayat lelaki tanpa identiti disyaki mangsa bunuh ditemui di Batang Balui

KAPIT: Beberapa kesan tetakan di bahagian leher, kepala dan badan pada mayat seorang lelaki yang terapung di Batang Balui dekat sini, Jumaat lalu menyebabkan polis mengesyaki ia adalah kes homosid.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Melay Tinggom berkata, mangsa berkemungkinan besar dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai.

“Ketika ini kita sedang mengenal pasti identiti mangsa dan meminta kerjasama orang ramai, khususnya penduduk di kawasan sepanjang hulu Rejang agar memaklumkan kepada pihak polis jika terdapat ahli keluarga mereka yang hilang.

Mayat mangsa katanya, ditemui terapung di kawasan jeram berhampiran Rumah Panjang Apan dekat sini, tanpa sebarang dokumen pengenalan diri sekitar jam 7 pagi semalam.

Ketika ditemui, mayat mangsa mulai mereput, dengan bahagian muka dan kepalanya dipercayai dimakan haiwan.

“Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Belaga melalui talian 086-461318 untuk membantu siasatan ” katanya. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.